Selamat Datang...Selamat Membaca & Selamat Kembali Semula ye..saya sayangkan awak.awak.awak semuaa... ..=)

Wednesday 31 August 2011

~Selamat Hari Merdeka Semua~


hye semua..

Selamat Hari Raya AidilFitri kawan-kawan..mcam mana hari raya pertama? seronok? indah ke? seronok tahun nie ke tahun lepas? Ain tahun nie so so je..sebab agak rasa tak seronok sikit sebab selalunya adik-beradik ain mse raya semua ada..tapi tahun nie abang long ain buat pertama kalinya takde die raya umah mak mentua die jadi adik-beradik ain kurang sorang...pastu, yang angah ain pulak kene keje..jadi, die takde kat umah..so, family kitorg kurangla dua orang.. tak best bukan?? korang mesti bestkan?

Tanggal 31 Ogos 2011, negara kite akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-54..jadi, di sini ain mengambil kesempatan untuk mengucapkan:

:
:


semoga negara kite akan terus maju, aman makmur wat selamanya tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak..semoga sejahtera hendaknya..di samping dengan adanya perdana menteri yang berdedikasi sentiasa memastikan negara berada dalam keadaan yang sempurna..

syukur alhamdulillah, setelah negara kite mengecapi kemerdekaan, negara kite banyak ada perubahan..betul tak? lihatla kalau kite bandingkan dulu zaman negara kite dijajah mengikut cerita sejarah mcam2 jadikan? tapi bile negara kite da mengecapi kemerdekaan negara kite da seperti negara yang aman...lagipun, bila da negara kite sendiri dijajah kite semua hidup seperti merempat di negara sendiri, tapi bila negara kita da di merdekakan tugas kite generasi akan datang untuk sentiasa menjaga keamanan negara nie supaya kuasa asing tak boleh sesekali mencuba untuk kacaw semula negara kita..ye tak??

TAPI..Kalau rakyat Malaysia sendiri yang cuba memberi laluan negara asing untuk masuk campur dalam urusan negara kite tu nak kira macam mana kan?? memang Ain takkan sesekali menyokongla kalau ada rakyat kite yang tak RETI nak bersyukur tu... ('',)

Ape-ape pun kepada rakyat malaysia yang berbilang bangsa sekali lagi Ain nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 dan Happy National Day to you all.. =)




Untuk semua terima sedikit Puisi untuk tatapan kalian semua dan cuba hayati renungkan maksud setiap kata-kata yang hendak di sampaikan =)

~Negeri bertuah ini~

Tanah air tercinta
Di sini kita dilahirkan
Di sini kita dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.

Negeri bertuah ini
Warisan nenek moyang
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasik
Tanah sekepal menjadi gunung
Rakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglima
Alim dijadikan imam.

Negeri bertuah ini
Pernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.

Negeri bertuah ini
Sudah merdeka
Yang gagah tidak lagi mengunus senjata
Yang berani tidak lagi bermaharajalela
Rakyat bangun berjuang
Melawan kemiskinan
Membasmi kejahilan.

Negeri bertuah ini
Rakyat belajar berdikari
Hutan diteroka menjadi ladang
Desa dibangunkan
Bandar dimodenkan
Rakyat bersama mengecap pembangunan

Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Pesan nenek moyang
Di mana bumi dipijak
Di situ jejak bertapak
Di mana tempat bernaung
Di situ taat dijunjung
Di mana darah tumpah
Di situ kasih dicurah.

Negeri bertuah ini
Negeri kita
Mari kita bangunkan
Mari kita makmurkan
Mari kita pertahankan.......


~sekian~


macam mana? puisi itu? hehe ('',)

*SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA*

(Kalau bukan kite yang nak bangga sape lagi yek tak?)


kepada anda semua kalau sayangkan negara kite, kibarkanla bendera Malaysia tu..bukan selalu nak kibarkan tak salah kalau kite habis duit RM5.00 untuk beli bendera tampal kat kereta kalau itu bole melambangkan yang kite sayangkan negara kita...ye tak?

ape-ape pun, ingatla tanpa orang dulu-dulu kita takkan mengecapi kemerdekaan hingga ke saat ini..jadi jangan lupe hargaila orang dulu-dulu kerana tanpa mereka, tiadala kite semua HARI INI! hehehehe

^MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA^

~BYEEEE..~

No comments:

Post a Comment

selamat datang blog kite~ silalah tinggalkan komen di sini~