Selamat Datang...Selamat Membaca & Selamat Kembali Semula ye..saya sayangkan awak.awak.awak semuaa... ..=)

Monday 31 October 2016

Tahun 2016~




 Dalame meninggalkan ruang untuk menaip dan menulis kehidupan harian Ain di sini. Apa kaba pembaca yang ada ke? =) setelah rasanya bertahun meninggalkan alam blogger ni tetibe hari ini terasa macam nak menulis balik. Hihi

Alhamdulillah, hari ini 31 Oktober 2016 pelbagai dugaan, rintangan, pahit, manis yang telah ditelan oleh diri ini untuk menghadapi hari-hari ke depan. Terima kasih dan bersyukurnya Ain kerana sehingga kini masih diberi peluang untuk terus bernafas di alam pinjaman-NYA ini. Pelbagai masalah, pelbagai pahit manis, sedih yang dihadapi dan tak juga lupa kenangan terindah yang telah tercipta buat diri ini pada tahun ini dan tahun lepas. Hihi

Imbas semula, 
TAHUN 2015 antara kenangan yang masih segar :
  •      Meninggalkan tempat kerja PEM Excellence Sdn Bhd pada bulan September 2015
  •      Mendapat kerja baru di Pertubuhan Peladang Kebangsaan & mula berkhidmat              setelah seminggu berhenti kerja di PEM - Bulan September 2015
  •       Bertunang pada bulan Disember 2015
Kenangan Tahun 2016 yang masih segar diingatan :
  • Menamatkan zaman bujang pada bulan April 2016
  • Mempunyai 2 keluarga mertua di Skudai & di Kota Tinggi, Johor
  • Mendapat berita akan kehamilan – awal bulan Mei 2016
  • Mempunyai suami yang sangat memahami diri ini
  •  Bekerja di NAFAS genap setahun
  •  Berhubung baik dengan anak buah tersayang walaupun jarang berjumpa
  • Mengetahui akan jantina anak sendiri yang bakal dilahirkan   
  • Membuat persiapan untuk kelahiran anak sendiri
o  Alhamdulillah, syukur syukur tak pernah tinggal dalam kehidupan seharian Ain. Sejak bergelar isteri, bakal ibu pelbagai kenangan pahit manis Ain hadapi bersama suami. Dalam rumahtangga yang baru dibina, pelbagai emosi yang cuba kami berdua hadapi.

      Pada awalnya, agak berat untuk ain tempuh selalu menangis mengenangkan apa yang jadi, tapi ain tetap redha dan terus kuatkan diri untuk hadapi. Alhamdulillah, sekarang kami suda menerima kehadiran antara satu sama lain dalam kehidupan rumahtangga dan perubahan demi perubahan banyak berlaku.
      
      Semoga ain terus tabah menghadapinyaa (‘’,)


l


Monday 31 August 2015

MERDEKA!!!!






Hari ini tanggal 31 August 2015, genaplah negaraku MALAYSIA 'MERDEKA' yang ke-58 tahun. bersyukur kepada-NYA kerana negaraku ini masih aman. Alhamdulillah syukur sangat. Terima kasih juga kerana 'bangsa Melayu' masih menjadi bangsa utama di negara yang aman dan indah ini.

Pada usiaku 26 tahun ini tiada apa yang ku pinta selain dari mendoakan negara yang ku sayangi cintai ini terus aman damai untuk anak cucu cicitku di masa depan nanti.

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!

*SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-58* pada semua rakyat MALAYSIA

#sayasayangMALAYSIA#

#sayaanakmalaysia#






Wednesday 26 August 2015

~TAHUN 2015~




TAHUN 2015.

Awal tahun 2015 yang pernuh dengan kekecewaan. Orang lain nak kerja da seronok sebab gaji baru, semua benefit dekat pejabat da baru. Tapi ain, kalau naik gaji ke ape ke semua bulan 4 setiap tahun.

Disebabkan perniagaan mereka yang semakin merosot ibarat, ‘retak menunggu belah’. ‘mati sengan hidup tak mahu’. Ain jadik semakin kurang semangat nak datang office ni. Ari-ari yang ain lalui takde keceriaan di wajah ni..


Kalau pergi kerja bawak kereta soalan yang selalu ada dalam kotak fikiran ain.
‘apa ain nak buat arini? Ada kerja ke?

Kadang-kadang ain menangis dengan nasib yang menimpa ain nie. Lepas satu satu dugaan hidup. Ain teruskan datang kerja dengan senyuman, walaupun hati ain setiap mlm setiap hari menangis mengenangkan ‘gaji buta’ setiap bulan yang ain terima.

Dekat office sekarang, ain kebanyakkan masanya akan berehat, main game, walaupun mereka ada @ tidak mereka tahu yang mereka tak boleh nak cakap apa dan suro buat apa sebab memang da takde ape kerja yang boleh ain siapkan.

Kadang-kadang ain sedih sebab, tol minyak datang sini buang macam tu jek. Masa kerja ain sekarang da jadik masuk kul 10pg balik kul 4ptg. Orang lain masuk 9pg balik 5@6ptg kan?

Kadang-kadang ada masa tghri da balik.? Bayangkan kul 10 pagi bru masuk belom kul 1 tghri da suro ain balik.. orang lain akan cakap ain beruntung tapi??

Pada ain seikhlasnya ain rasa kurang selesa dengan keadaan selesa mcam skg. Gaji diterima tanpa kerja. Masa dibuang di office macam tu sahaja pulak tu sorang takde kawan sekerja.

Hanya ALLAH yang faham rasa hati ain nie. Sebab untuk tahun 2015 ni bila bulan 11 nanti genaplah usia kerja ain di office ni selama 5 tahun. 5 tahun ain berkhidmat dekat office ni..?? tapi ain rasa tahun ni da tiba masa untuk ain langkah kaki… korang rasa betul taka pa tindakan ain ni??

Tahun 2015, memberikan ain sedikit senyuman dengan kehadiran insan yang ain tunggu selama ain hidup. Dia telah mencuri hati memberikan ain senyuman setiap kali berjumpa dengannya. Terima kasih sebab mewarnai liku-liku hidup ain bersama. Terima kasih sebab berani berjumpa dengan mak abah ain memberitahu isi hati sayang.

Takpernah ada mana-mana lelaki yang begitu gentlemen meluahkan rasa hati dia untuk ain dekat mak abah ain. Untuk tahun 2015 ni juga, sekali lagi sayang datang jumpa mak abah ain untuk menyunting ain menjadi suri dalam rumah abang.

Hanya ALLAH sahaja yang tahu mcam mana persaan ain bila masa untuk ain telah tiba. Ain selalu berdoa untuk jodoh ain dan setiap kali doa tu tak pernah tidak, wajah senyuman abang sentiasa ada depan mata ain.

Terima kasih ALLAH, sebab kenalkan ain dengan dia. Terima kasih juga sebab hari-hari ain da tak kosong walaupun sebenarnya kehidpan ain kosong tanpa adik-beradik di sisi ain. Terima kasih abang sebab hadir sebagai semangat untuk ain teruskan dugaan terima ujian ALLAH dan kita tempuhi bersama.

TAHUN 2015, telah meberikan sinar keceriaan buat mak abah ain bila abang datang memberitahu untuk membawa rombangan merisik dan seterusnya tetapkan tarikh majlis kita. Alhamdulillah, mak abah ain takde halangan malah mak ain juga turut memberikan cadangan tunang sekali senang dan tak perlu ikat lama-lama.

Syukur ya ALLAH mungkin ini adalah hadiah istimewa setelah ain betarung menangis sendirian dan ALLAH anugerah insan ini yang menjadi penyeri di hari-hari ain. Tahun 2015 ini juga telah membuka peluang untuk ain menerima panggilan interview dengan bermacam-macam company.

Alhamdulillah peluang itu ain takpernah sia-siakan malah ain pergi seboleh yang boleh ain hadiri. Insya’ALLAH tahun 2015 ini merupakan tahun akhir untuk ain bekerja dengan syarikat mak uda. Setelah ain berfkir sedalam-dalamnya, smpai bila ain nak teruskan kerja sini dengan cam ni. Kan?

Moga-moga SEBELUM ain menamatkan zaman bujang ain untuk tahun ni, ain dapat mengerja apa yang ain hajatkan.. iaitu:
  • DAPAT KERJA LAIN DULU...AMEEENNNN ('',)




ITU SAHAJA YANG AIN harap. Moga-moga kalian doakan yee… AMEEN..

*sapa yang larat baca sampai sini korang memang TERBAEKKK*

Tahun 2014 yang penuh dengan bermacam cerita ('',)






Assalammualaikum Dunia yang pernuh dengan cubaan dugaan ujian dari-NYA

 Dalame tak buat coretan kat sini. Dalame tinggalkan penulisan online macam ni. Sebab masa dan nak bukak laptop tu yang ambik masa hihi. Sekarang da tahun 2015, tahun 2014 yang banyak merubah perjalanan hidup Ain.



Tahun 2014, yang panjang banyak memberikan Ain pengajaran, pengertian dalam mencari langkah hidup yang lebih baik untuk kehidupan Ain. Nak cakap pasal diri? Apa yang jadik?


Tahun 2014, memperkenalkan Ain dengan seseorang yang dulunya Ain tak pandang, sebelah mata Tapi kuasa Allah S.w.t yang telah membuat mata ni hanya memandang die. Kalau ikutkan hati, hati ini bukan untuk die tapi, bile rasa keserasian itu telah ada, maka timbullah rasa kasih dan saying untuknya.



Pada orang lain yang sebelumnya, walau hati ini pernah cube untuk menyayangi Awak, tapi, cukuupla anggap sebagai sahabat dan saya doakan awak akan jumpa jodoh hakiki awak yang lebih baik dari saya. Untuk teman yang ada dalam hati, jadikla taman-taman syurga untuk kite penuhi di dunia ini dan akhirat bersama nanti.

Walaupun tahun 2014, buat hati ain rasa kosong tanpa kawan-kawan yang pernah ain anggap sahabat, tapi takperlah ALLAH telah menggantikan dengan yang lebih istimewa. Memang, kadang-kadang Ain rasa kosong hilang kawan tapi, lama-lama ain faham erti sebuah sahabat sejati.



Biarlah cerita itu menjadi kenangan pahit untuk Ain telan sebagai teman sahabat sepermainan dengan mereka. Bak kata mummy Ain, ‘masa depan nanti, kehidupan seorang perempuan hanya untuk suami & anak-anak’. Sahabat, ada masa diperlukan tetapi suami & anak-anak adala setiap masa.

Terima kasih sebab korang pernah hadir dalam memori kenangan sekolah dengan Ain walaupun sebenarnya ain selalu berdoa semoga persahabatan itu berkekalan.

Untuk kesayangan hati, terima kasih sebab sebelum dan sekarang tanpa mereka, sayang masih ada temankan hati yang kosong ini.

Untuk tahun 2014, pasal keluarga. Banyak juga ujian yang ALLAH turunkan kepada kami sekeluarga. Dugaan demi dugaan yang ALLAH bagi kepada kami dan ain bersyukur sebab ALLAH memberikan kami ujian ini di dunia pinjamannya. Walaupun ain tahu dari air muka mummy & abah, mereka sangat kecewa.



Ain faham ape perasaan seorang ibu & ayah, bila anak-anak masa kecil mereka bimbing dan didik bagai menatang minyak yang penuh tapi bila da dewasa mereka layan abah mak macam tu. Ain sayang mummy abah sangat2 ain taknak jadik anak derhaka buat mereka. Ain berusaha untuk teruskan hidup ain dengan cara ain berdikari.

Cukuplah along, angah, nana yang bagi bebanan jiwa buat abah & mummy.

Tahun 2014, dari segi pekerjaan, ain mula bosan dengan apa yang ain buat dekat office ni. Perniagaan yang diusahakan oleh mak uda & pak uda merangkap bos ain selama hamper 4 tahun di tahun 2014 ni, bermacam-macam dugaan mereka tempuh.



Biasalah adat hidup normal. ALLAH pasti uji hambanya. Perniagaan mereka bertipa-timpa lepas satu satu benda yang tak boleh diteruskan. Daripada pihak university memutuskan surat perjanjian projek eksekutif diploma, lepastu kerajaan mengeluarkan statements pengeluaran kwsp pelajar hanya untuk lebih 2tahun, jadik apa yang boleh?

Perniagaan kami menguruskan pelajar belajar selama kurang 2tahun jadik pelajar kami tak boleh membuat kwsp. Kalau diikutkan orang melayu kalau belajar memang 90% mengeluarkan kwsp.. jadik dekat situ jek kami da kehilangan pelajar.



Sekarang, dari pertengahan tahun 2014-2015 hingga kini bulan hujung AUGUST perniagaan mereka kian merundum. Elaun ain, gaji bulanan ain,  bonus tahunan ain, duit raya ain semua tu ain da tak merasa.


SEDIH??? Takyah cakaplah walaupun kat office ni, ain sorang jek staff tetap tapi benefit semua tu da takde. Msa 2 tahun lepas merasa walaupun tak pernah cecah bonus setengah bulan mahupun sebulan tapi ada sikit.


Ain bersabar dan terus bersabar sehingga hari ini. AUGUST 2015’








                                                                                                            BERSAMBUNG…….