Selamat Datang...Selamat Membaca & Selamat Kembali Semula ye..saya sayangkan awak.awak.awak semuaa... ..=)

Wednesday, 26 August 2015

Tahun 2014 yang penuh dengan bermacam cerita ('',)






Assalammualaikum Dunia yang pernuh dengan cubaan dugaan ujian dari-NYA

 Dalame tak buat coretan kat sini. Dalame tinggalkan penulisan online macam ni. Sebab masa dan nak bukak laptop tu yang ambik masa hihi. Sekarang da tahun 2015, tahun 2014 yang banyak merubah perjalanan hidup Ain.



Tahun 2014, yang panjang banyak memberikan Ain pengajaran, pengertian dalam mencari langkah hidup yang lebih baik untuk kehidupan Ain. Nak cakap pasal diri? Apa yang jadik?


Tahun 2014, memperkenalkan Ain dengan seseorang yang dulunya Ain tak pandang, sebelah mata Tapi kuasa Allah S.w.t yang telah membuat mata ni hanya memandang die. Kalau ikutkan hati, hati ini bukan untuk die tapi, bile rasa keserasian itu telah ada, maka timbullah rasa kasih dan saying untuknya.



Pada orang lain yang sebelumnya, walau hati ini pernah cube untuk menyayangi Awak, tapi, cukuupla anggap sebagai sahabat dan saya doakan awak akan jumpa jodoh hakiki awak yang lebih baik dari saya. Untuk teman yang ada dalam hati, jadikla taman-taman syurga untuk kite penuhi di dunia ini dan akhirat bersama nanti.

Walaupun tahun 2014, buat hati ain rasa kosong tanpa kawan-kawan yang pernah ain anggap sahabat, tapi takperlah ALLAH telah menggantikan dengan yang lebih istimewa. Memang, kadang-kadang Ain rasa kosong hilang kawan tapi, lama-lama ain faham erti sebuah sahabat sejati.



Biarlah cerita itu menjadi kenangan pahit untuk Ain telan sebagai teman sahabat sepermainan dengan mereka. Bak kata mummy Ain, ‘masa depan nanti, kehidupan seorang perempuan hanya untuk suami & anak-anak’. Sahabat, ada masa diperlukan tetapi suami & anak-anak adala setiap masa.

Terima kasih sebab korang pernah hadir dalam memori kenangan sekolah dengan Ain walaupun sebenarnya ain selalu berdoa semoga persahabatan itu berkekalan.

Untuk kesayangan hati, terima kasih sebab sebelum dan sekarang tanpa mereka, sayang masih ada temankan hati yang kosong ini.

Untuk tahun 2014, pasal keluarga. Banyak juga ujian yang ALLAH turunkan kepada kami sekeluarga. Dugaan demi dugaan yang ALLAH bagi kepada kami dan ain bersyukur sebab ALLAH memberikan kami ujian ini di dunia pinjamannya. Walaupun ain tahu dari air muka mummy & abah, mereka sangat kecewa.



Ain faham ape perasaan seorang ibu & ayah, bila anak-anak masa kecil mereka bimbing dan didik bagai menatang minyak yang penuh tapi bila da dewasa mereka layan abah mak macam tu. Ain sayang mummy abah sangat2 ain taknak jadik anak derhaka buat mereka. Ain berusaha untuk teruskan hidup ain dengan cara ain berdikari.

Cukuplah along, angah, nana yang bagi bebanan jiwa buat abah & mummy.

Tahun 2014, dari segi pekerjaan, ain mula bosan dengan apa yang ain buat dekat office ni. Perniagaan yang diusahakan oleh mak uda & pak uda merangkap bos ain selama hamper 4 tahun di tahun 2014 ni, bermacam-macam dugaan mereka tempuh.



Biasalah adat hidup normal. ALLAH pasti uji hambanya. Perniagaan mereka bertipa-timpa lepas satu satu benda yang tak boleh diteruskan. Daripada pihak university memutuskan surat perjanjian projek eksekutif diploma, lepastu kerajaan mengeluarkan statements pengeluaran kwsp pelajar hanya untuk lebih 2tahun, jadik apa yang boleh?

Perniagaan kami menguruskan pelajar belajar selama kurang 2tahun jadik pelajar kami tak boleh membuat kwsp. Kalau diikutkan orang melayu kalau belajar memang 90% mengeluarkan kwsp.. jadik dekat situ jek kami da kehilangan pelajar.



Sekarang, dari pertengahan tahun 2014-2015 hingga kini bulan hujung AUGUST perniagaan mereka kian merundum. Elaun ain, gaji bulanan ain,  bonus tahunan ain, duit raya ain semua tu ain da tak merasa.


SEDIH??? Takyah cakaplah walaupun kat office ni, ain sorang jek staff tetap tapi benefit semua tu da takde. Msa 2 tahun lepas merasa walaupun tak pernah cecah bonus setengah bulan mahupun sebulan tapi ada sikit.


Ain bersabar dan terus bersabar sehingga hari ini. AUGUST 2015’








                                                                                                            BERSAMBUNG…….

No comments:

Post a Comment

selamat datang blog kite~ silalah tinggalkan komen di sini~