Selamat Datang...Selamat Membaca & Selamat Kembali Semula ye..saya sayangkan awak.awak.awak semuaa... ..=)

Tuesday 29 May 2012

~Bile benda tu 'FREE'..~





Macam biskut.. kejap ada kejap takde Ain nie kan..hihi sorry la memcam benda yang jadi dalam hidup sehari-hari ain niee..memacam kene buat hihi...dalam banyak-banyak benda yang jadi...ada satu citer nak kongsi...yela..sebagai tatapan Ain jugak di kemudian harri.. =))

Tak kisahla ada yang baca atau tidak janji Ain da pun citer dan coretkan kat sini =) kadang-kadang bile diingat balik rasa telah buat satu kesilapan kot yela..kita tak salah pun, yang salah orang yang lekee tak buat kerja betul-betul nie....

erm..korang mesti tak faham pe yang ain cuba nak sampaikan nie kan? =) betul tak?


 

Selalunya lumrah kehidupan semua orang suka akan benda yang 'FREE'...mcam korang kan? hihi (diri sendiri pun sama cakap orang Ain oii) hihi..yela...tak kisahla pemberian barang, makanan atau sebagainya asalkan free la lajuuu jeee sampainyaa ye tak?

Ain nie takdela selalu dapat benda @ makanan ke papela free melainkan atas usaha sendiri..tapi, selalunyala kalau free bila ain pegi beli MCD Drive thru...kat mana-mana punla...Ain order untuk 1 set jee..tapi kedang ain bole dpt 2 kentang bsar, kadang2 ade dapat 2 burger spicey chicken mxdulexe, burger big mac... kadang2 coke besar..dan kadang-kadang sundeeee choclatela strawberi laa..hihi...

Bila nak g pulangkan balik cne, kite drive Thru da dapat terus jalan..tengah2 jalan baru perasan, eyh tak order ni tadi..eyh.. eyh..eyh...terkejut..jadi lelama jadi da xksh...hihi...=) sakrang da pandai, sebelum jalan lepas dapat makanan yang di order tengok dulu..kot terlebih terus pulangkan balik.. =) baek bukan?

TAPIII.....


*gambar ini adalah gambar sebenar*
(GAMBAR PETRONAS DEPAN UMAH DEN) HIHI =)


Yang ain nak citerkan nie...Pada 25 MAY 2012, waktu sekitar petang rasanya entah macam mana ain datang kat situ sebab ain malas nak menghadapi JEM otw nak balik UK a.k.a Ukay Perdana..Da tu mse tu duk berpikir sok nak balik seremban, isi minyak la... tpi mse tu memang kepala nie duk fikir, kalau isi penuh kang susah pulak...xpela..isila sikit je...

masa tu, minyak da setengah penuh..tinggal setengah lagi je minyak akan jadi FULL TANK..pastu kalau ain isi RM20 die penuh sikit je lagi nak penuh sepenuhnya...nak diciterkan memang niat ain kalau bole nak penuh je sekali tpi sebab takut bajet lari maklumla hujung bulan gaji xmasuk lg..tu yg berpikir tu...

Jadinye ain pun isila RM20 je...then ain mask dalam tu..bagitahu kat kaunter, yang belakang nie MYVI RM20...sekali akak tu, sebab cashier tu die kene tengok belakang tu num bape untuk pastikan die tak tengok pulak...dlm hati ain cakapla 'wah terer akak nie' TAK TENGOK main klik je..ain pun blah la terus g kat kereta... dalam mse kejadian tu, ain memang perasan yang sebelah menyebelah kereta ain de kereta lain.. biasala orang balik kerja petronas tu memang penuh jeee selalu =)

Tengah ain duk tengok2 kereta ain kotla comot ke..tengok tayar kotla takde angin ke..dalam masa yang sama minyak tengah isi tu...ain lekeee...sampai satu tahap ain Tengokla kt skrin tu..da sampai RM20 ke.. sekali da cecah RM35 nak ke RM40...ain pun panik teruss stoppp kan...pastu ain tutupla tempat tangki minyak kereta ain...terus g kat kaunter dan cakapla 'akak, kenapa kereta saya nie lebih? walhalkn RM20? (jujur tak budak nie) rasa2 kalau org laen da blah daa...sebab free =) tapi ain rasa tak sedap la tak pasal-pasal shoot LA akak tu kang...

pastu dengan selamba akak tu jawab 'alamak dik, da terlebih masuk kat adikla..takpela jalanlaa..'...AIN pun aikkk biar betul akak nie..okla...tqq =) pastu pas ain masuk dalam kereta, barula ain perasan ade pakcik tu pegi kaunter...ain rasa2 mcm mesti pakcik tu akan cakap 'apasal sye isi penuh tapi berhenti kat RM20 je?? pastu tak tahula ape kajadian selepas tu sebab ain da blah lgipun yang pasal pakcik tu sekadar tafsiran ain jee...jadi nak cakapnya selepas kereta ain diisi hampir ke angka RM40 telah menjadikan kereta ain FULL TANK laaaaaa =))) tu yang terlebihhh happy tu..satu harii...

sok bile balik seremban terus citer dengan mak abah yang ain dapat mcam tu sekaliiii...mak abah cakap 1000 dalam 1 kalau dapat peluang mcam tu..secara tak sengaja tanpa niat ain walaupun sebenarnya ain telah berniat untuk full tank tapi takut lari bajet tak pasal2 ALLAH S.W.T telah menunjukkan jalan buat ain.. =))seronok tak ingatla...balik ke seremban tu sengihh jeeeee =))

*TULA PEPATAH MELAYU ADA MENGATAKAN*
~ TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI, TUAH MANUSIA TAK SIAPA YANG TAHU~

*ALHAMDULILLAHH *

kla..nanti citer lain pulak..tata ('',)


Tuesday 22 May 2012

*Anak buahku* ='(




Hari nie 22 MAY 2012, da waktu lunch..ain kt office online kat office..tapi Ain tak rasa lapar pun... hati ain penuh dengan perasaan emosi..yang kadang-kadang dengan sendiri air mata bole mengalir da turun membasahi pipi ain kedua-dua nie....tidak dinafikan ain ada masalah tapi masalah tu bukannya dari ain... masalah untuk keluarga ain....

bak kata orang, cubit peha kanan, peha kiri pun terasa sakit...camtula...dalam kehidupan ain..walaupun sebenarnya yang bermasalah adala abang long Ain dengan Kak ipar ain...tapi..ain turut rasa sakitnya.. sebenarnya, ain sedih dengan apa yang berlaku...kalau bole ain taknak diorg terpisah sebab ain sayang sangat dengan anak buah ain tu...sayang sangat2...diela penyeri dalam keluarga kami....

bile along dengan k.ipar ain de krisis...da tentula kami keluarga along da susah untuk berjumpa anak buah ain tu...ain sedih...dengan sikap kak ija yang takde rasa hormat pada along...ain tahu along salah tapi die masih isteri along...ain faham...mak selalu cakap, sekarang time along...time ain,nana tak tahu mcam mana lagi...ain doakan terbaik buat mereka..kalau jodoh mereka sampai sini, ain redha..dan ain harap along tabah, kuat semangat sama juga dengan kak ija....


WARKAH BUAT KAK IPARKU,KAK IJA...


AKAK,
MAAFKAN AIN...AIN TAKDE NIAT NAK MENYIBUK HAL AKAK...
TAPI..AKAK TOLONG JANGAN PISAHKAN AIN DENGAN IZZ...
TOLONG KESIANKAN AIN,ABAH, MAK YANG SANGAT SAYANGKAN IZZ..
IZZ LA SATU-SATUNYA JANTUNG HATI KAMI SEKELUARGA...

AIN FAHAM, AKAK MARAKAN ALONG..
SEBAB TU AKAK BUAT KEPUTUSAN PISAHKAN KAMI DENGAN IZZ,
TAPI HUBUNGAN AYAH, ATUK,NENEK, MAKCIK AKAK TAK BOLE PISAHKAN,
AKAK, AIN SANGAT SAYANGKAN IZZ..
SEBAB TU AIN SELALU PEGI SANA,
SEBAB AIN TAHU AKAK SIBUK,TAKDE MASE..

SEBAB TULA AIN TIDO SNE, TIDO DENGAN AKAK,DENGAN IZZ,
SEBAB AIN TAKNAK IZZ TAK KENAL AIN MAKCIK DIE,
AIN NAK TENGOK PERKEMBANGAN PERTUMBUHAN IZZ,

KAK,KESIANLA AIN...
AIN SAYANG SANGAT-SANGAT IZZ..
AIN TAK SEDIA TUK KEHILANGAN IZZ..
AIN TAHU ABAH,MAK PUN SAMA...

SEJAHAT-JAHAT ALONG,
JANGANLA AKAK ANGGAP KAMI PUN JAHAT JUGAK...
KALAU DA DITAKDIRKAN AKAK NAK PISAHKAN KAMI 
DENGAN IZZ...
AIN CUBA UNTUK BELAJAR KEHILANGAN IZZ..
SEMOGA AKAK TAK LUPA JANJI AKAK DENGAN AIN DULU....

KAK,
AIN SAYANG AKAK MCAM KAKAK AIN SENDIRI,
AIN ANGGAP AKAK DA MCAM KAKAK KANDUNG AIN SENDIRI,
AIN HARAP, KAKAK JANGAN PUTUSKAN HUBUNGAN KAMI,

*SEMOGA DALAM BULAN REJAB NIE, AKAK FIKIRKAN YG TERBAEK BUAT DIRI AKAK, KELUARGA AKAK, KELUARGA AIN DAN JUGA ALONG*



*BUAT ANAK BUAHKU, KESAYANGAN MAK TEH*

IZZ,
CEPAT BESAR YE NAK,
JANGAN JADI MCAM AYAH & IBU IZZ,
JADI ANAK YG SOLEH,
JADI ANAK YANG FAHAM PERSAAN ORG LAEN,
TAK PENTINGKAN DIRI SENDIRI...

IZZ,
IZZ JANGAN LUPAKAN MAK TEH,WAN, DENGAN ATUK YE..
KAMI SAYANG SANGAT-SANGAT DENGAN IZZ...
BILE BESAR NANTI, JANGAN LUPE CARI KAMI...

IZZ, 
AKHIR KATA MAKTEH SANGAT SAYANGKAN IZZ...
IZZ JAGA DIRI...SAYANG...
PASTI DAN MESTI MAK TEH AKAN RINDUKAN IZZ...
RINDU SGT2, RINDU GELAK, TAWA, MAEN2 DENGAN IZZ..
RINDU NAK BAWK IZZ G MAEN PLAYGROUND,
RINDU NAK DENGAR IZZ JERIT2 DALAM KERETA..

MAK TEH AKAN RINDU,
BILE IZZ SUKE KACAW MAK TEH TENGOK TV,
RINDU NAK DGR IZZ CAKAP 'NAK' NAK'..

IZZ...MAK TEH SAYANG IZZZ....SAYANG SGT2....



*YA ALLAH, tabahkanla hati AIN*...
sesungguhnya ain tak kuat untuk menghadapi pepisahan ini,
sesungguhnya ain sangat sayangkan 
MUHAMMAD IZZ HFIY,
tabahkanla hati ku...

lembutkan hati ibu ayahnya...
ssemoga kami diberikan kesempatan lagi untuk 
berjumpa di lain masa...


AMEEN* =''(


*AMALAN YANG BOLE DILAKUKAN DALAM BULAN REJAB NI*





*BULAN REJAB*


Bulan Rejab = bulan pengampunan.

Antara amalan² yang bole dilakukan:


◆ Puasa:

- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.

- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 3, 4 & 5hb Jun.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar:

- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".

✉ ••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
 
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.~

✉ ••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus).
 

Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

♥ Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita. Dengan 2 ni'mat itulah, amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala.


*sama-samalah kita amalkannya ye* ('',)

 

*Bulan REJAB*





Alhamdulillah, hari ini 22 May 2012 bersamaan dengan 1 REJAB 1433 Masihi kita masih lagi diberi peluang untuk melakukan ibadah di bulan ini....nak ingatkan kepada diri ini dan juga kawan-kawan juga jangan lepaskannya...malah bulan ini juga merupakan 'bulan Pengampunan'..buatla seberapa banyak amalan untuk bekalan kita nanti.. =)


*BARANG SIAPA BERPUASA 2 HARI DI AWAL BULAN REJAB INI, SEAKAN IBADAHNYA 2 TAHUN DAN BARANG SIAPA MENGINGATKAN ORANG LAIN TENTANG HAL INI, SEAKAN IBADAHNYA 80 TAHUN* INSYA'ALLAH
 Untuk entry kali ini, ain nak berkongsi ilmu pada kawan-kawan yang sudi membaca blog yang tak seberapa nie...bacala seberapa sejarah mengenai bulan yang penuh mulia, bulan pengampunan bagi umat-NYA...


Pengertian:

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Peristiwa Penting dalam bulan REJAB ini seperti:


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia):

Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj:
 
Isra’dan Mi’raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini

 sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi’tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi),

sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi’tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya “At-Tobaqatil Qubra”, bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk:
 
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis:
 
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. 

Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.:
 
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Ini sebagai ilmu penambahan kita semua..sama-samalah kita berkongsinya.. =)

jumpa di entry lain yek =) tata



Sunday 20 May 2012

~Kembali Senyum ('',)






Macam biasala..macam biskut Ain nie kan..kejap ada, kejap takde...kadang-kadang ade masa nak online.. memacamla nak citer kan...kadang-kadang memang ada benda nak citer tapi entahla macam takde masa.. walaupun sebenarnya memang suke minat untuk menaip nie....

mana taknya kalau buat karangan pun suke wt panjang-panjang berjeelee kan zamn sek dulu ni  kan pulak zamn da macam nie skg nie..lagila seronokkan...meriah...erm..banyak benda nak kongsi, banyak benda nak tulis..banyak benda nak luahkan tapi ain takde masa nak tulis jee...kalau ikutkan hati, tetiap ari nak update nak tulis citer perkembangan hidup niee..tapi tulakan masa dan keadaan tak bole tu...

untuk pengetahuan, skrang da pukul 3.45 petang ain online dekat ITTAR, Institut Teknologi Tun Abd Razak, Petaling Jaya...ain duk dekat lobby melayari internet guna lappy ain dengan P1 tersayang hasil duit ain taw.. bersyukur, sekarang umo da 23, tapi ain da de kereta sendiri...keperluan ain sendiri..ain da tak mintak duit abah mak da..ain da de laptop ain sendiri walaupun laptop nie abah belikan sejak ain zaman Universiti dulu ain still guna yang nie....

banyak benda untuk keperluan ain, ain sendiri yang usahakan..bersyukur sangat2 wpun family Ain skrang de mcam2 problem tapi ain bangga dengan diri ain sebab ain da tak sushkan abah mak...tu janji ain pada diri Ain..sesusah mana pun Ain, Ain percaya kalau ain da lepas untuk hidup Ain tu sudah cukup mengembirakan mak abah ain...yang terbaru.ain da de keperluan Internet Ain sendiri.. P1 tersayangla..senang nak bawak ke hulur hilir..
 




Perkembangan terbaru Ain, sekarang nie sambil ain jaga diorg de kuliah hujung minggu kalau Ain takde kelas, Ain menjual makanan ringan, gula-gula, air mineral, Roti-roti..untuk kakak dan abang-abang yang de kuliah nie...bolela wat pendapatan sampingan kan...Alhamdulillah minggu nie baru mulaa taw...seronok sangat sebab Ain peruntukan Modal Hanya dalam RM150 tapi, untuk 2 ari nie ain menjual ain dapat RM200 untung bersih.. =) syukur sangat lepas gakla duit minyak kereta ain untuk sebulan..hihi...

Tapi niat ain duit yang ain dapat nie, nak buat pusingan modal untuk bulan depan hihi =) tak pun nak guna bayar yuran pengajian keee..=)) entahla...syukur sebab ain dapt buat sesuatu untuk menambahkan pendapatan sampingan walaupun org mengadu ain jual makanan ringan dengan air dengan roti dalam kadar murah...alaaa pedulik la kan...asalkan bahagia...kite wat iklas bukan ape pun suke-suke =))

semoga kehidupan ain selepas nie, akan lebih bahagia...memang orang kata hidup sendiri tu senang tapi kadang-kadang ain rindu jugak rumah lama...suasana dulu..balik keje nampak muka abah, mak...nampak cumy sakrang ain rasa kosong..balik sunyi sepi, pagi2 pegi keje sunyi...da takde spe nak buatkan ain sarapan ke bekal ke..(ngada kan nak mak wat)

ape pun, kawan-kawan doakan ain selamat duduk rumah apartment tu ye..doakan keselamatan ain.. walaupun rumah tu ade guard die..tpi ain risau jugak maklumla single lagi pastu sorang...dan ain doakan semoga abah mak ain dapat tempuh ujian ALLAH S.W.T kali nie dengan tenang...ain percaya, tuhan takkan uji hamba-NYA kalau die tak mampu tempuhnya..

kalau nak kata Ain ade problem takdela..ain ok jee..kehidupan ain so far so good...ain happy life mcam nie cuma kadang-kadang ain rasa sunyi...sunyi bebelan mak...bebelan abah...dan sunyi bunyi 'mengiaw' cumy... semoga ALLAH S.W.T. menjodohkan ain dengan hambanya yang soleh buat diri nie....dan diala akan jdi peneman sya sampai ke syurga.. =) INSYA'ALLAH

oklaaa...sambung nanti...tata =)