Alhamdulillah, hari ini 22 May 2012 bersamaan dengan 1 REJAB 1433 Masihi kita masih lagi diberi peluang untuk melakukan ibadah di bulan ini....nak ingatkan kepada diri ini dan juga kawan-kawan juga jangan lepaskannya...malah bulan ini juga merupakan 'bulan Pengampunan'..buatla seberapa banyak amalan untuk bekalan kita nanti.. =)
*BARANG SIAPA BERPUASA 2 HARI DI AWAL BULAN REJAB INI, SEAKAN IBADAHNYA 2 TAHUN DAN BARANG SIAPA MENGINGATKAN ORANG LAIN TENTANG HAL INI, SEAKAN IBADAHNYA 80 TAHUN* INSYA'ALLAH
Untuk entry kali ini, ain nak berkongsi ilmu pada kawan-kawan yang sudi membaca blog yang tak seberapa nie...bacala seberapa sejarah mengenai bulan yang penuh mulia, bulan pengampunan bagi umat-NYA...
Pengertian:
Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang
dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini
dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini
dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW
mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab.
Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena
dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu
peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Peristiwa Penting dalam bulan REJAB ini seperti:
1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia):
Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada
Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika
itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang
derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar
mereka berhijrah ke negeri Habsyah.
Tujuan hijrah ini adalah untuk
menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak
baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya.
Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan
istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang
termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali
dengan toleransi dan sikap terbukanya.
2. Isra’ dan Mi’raj:
Isra’dan Mi’raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke
Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT
dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam
menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini
sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.
Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang
dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan
pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan
yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan
yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat
perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun
ke 5 dari Bi’tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi),
sebahagiannya
berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi’tsah; sebahagiannya berpendapat
pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada
tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang
sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.
Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam
bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya “At-Tobaqatil Qubra”,
bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas
bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang
amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)
3. Perang Tabuk:
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara
Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam
berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan
diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam
yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis:
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab
RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat
Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib)
telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan
akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun
dikuasai oleh pemerintahan Islam.
Tentera Salib telah menduduki Baitul
Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam
terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali
Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab
583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan
Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama
Israel.
5. Lahirnya Imam Syafie RH.:
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau
lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam
bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang
besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara
peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi
rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.
Ini sebagai ilmu penambahan kita semua..sama-samalah kita berkongsinya.. =)
jumpa di entry lain yek =) tata
No comments:
Post a Comment
selamat datang blog kite~ silalah tinggalkan komen di sini~