Selamat Datang...Selamat Membaca & Selamat Kembali Semula ye..saya sayangkan awak.awak.awak semuaa... ..=)
Showing posts with label ~Keagamaan~. Show all posts
Showing posts with label ~Keagamaan~. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

*AMALAN YANG BOLE DILAKUKAN DALAM BULAN REJAB NI*





*BULAN REJAB*


Bulan Rejab = bulan pengampunan.

Antara amalan² yang bole dilakukan:


◆ Puasa:

- Kalau tak mampu buat semua, jangan ditinggalkan semua.

- Boleh puasa pada Isnin Khamis atau 13, 14 & 15hb Rejab ini -bersamaan 3, 4 & 5hb Jun.

* 13, 14 & 15 dikenali sebagai hari² putih setiap bulan hijrah. Rasulullah صلى الله عليه وسلم akan berpuasa juga pada hari Jumaat jika hari itu jatuh pada hari² putih tersebut. Ia hanyalah anjuran daripada saya bagi sesiapa yang rasa payah untuk berpuasa banyak hari bulan Rejab. Ini berdasarkan apa yang saya temui di dalam bab Puasa Rasulullah صلى الله عليه وسلم di dalam kitab As-Syamail tentang hari puasa sunat. Wa Allahu a'lam. Yang penting --> puasa ツ.

◆ Istighfar:

- Habib Salim Assyatiri berkata: "Istighfar dituntut amalkan sepanjang tahun namun untuk bulan Rejab ia sangat² dianjurkan".

✉ ••► Penghulu istighfar;

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

✿ Kelebihannya: Sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu SIANG dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk petang maka dia termasuk golongan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkan zikir ini pada waktu MALAM dengan meyakini apa yang diucapkannya lalu dia meninggal dunia pada masa itu sebelum masuk pagi maka dia termasuk golongan ahli syurga.
 
~ Riwayat Imam Al-Bukhari rahimahullah.~

✉ ••► Atau boleh juga amalkan istighfar ini;

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَارْحَمْنِيْ وتُبْ عَلَيَّ
Ya Tuhanku, ampunilah aku, rahmatilah aku & terimalah taubatku.

* Baca Subuh & Asar sebanyak 70x setiap hari.
(Sumber: Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ust Ismail Kamus).
 

Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali atau lebih setiap hari.

Membaca Al-Quran, perbanyakkan berdoa & lain² amalan soleh.

♥ Alhamdulillah atas ni'mat Islam & Iman yang Allah anugerahkan pada kita. Dengan 2 ni'mat itulah, amalan di atas menjadi bermakna & mendapat ganjaran pahala.


*sama-samalah kita amalkannya ye* ('',)

 

*Bulan REJAB*





Alhamdulillah, hari ini 22 May 2012 bersamaan dengan 1 REJAB 1433 Masihi kita masih lagi diberi peluang untuk melakukan ibadah di bulan ini....nak ingatkan kepada diri ini dan juga kawan-kawan juga jangan lepaskannya...malah bulan ini juga merupakan 'bulan Pengampunan'..buatla seberapa banyak amalan untuk bekalan kita nanti.. =)


*BARANG SIAPA BERPUASA 2 HARI DI AWAL BULAN REJAB INI, SEAKAN IBADAHNYA 2 TAHUN DAN BARANG SIAPA MENGINGATKAN ORANG LAIN TENTANG HAL INI, SEAKAN IBADAHNYA 80 TAHUN* INSYA'ALLAH
 Untuk entry kali ini, ain nak berkongsi ilmu pada kawan-kawan yang sudi membaca blog yang tak seberapa nie...bacala seberapa sejarah mengenai bulan yang penuh mulia, bulan pengampunan bagi umat-NYA...


Pengertian:

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.

Peristiwa Penting dalam bulan REJAB ini seperti:


1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia):

Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra’ dan Mi’raj:
 
Isra’dan Mi’raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT. Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini

 sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat. Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi’tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi),

sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi’tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya “At-Tobaqatil Qubra”, bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk:
 
Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran.

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis:
 
Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. 

Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.:
 
Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.


Ini sebagai ilmu penambahan kita semua..sama-samalah kita berkongsinya.. =)

jumpa di entry lain yek =) tata



Tuesday, 27 October 2009

~Adab Dalam Berdoa~


<a href=

selain dari Hikmah Berdoa, saya juga nak sertakan mengenai

"ADAB-ADAB DALAM BERDOA"... Antaranya iaitu:

1. Berdoa dalam keadaan diri masih berwuduk serta bersih dari sebarang kotoran,hadas dan najis.

2. Memulakan doa dengan membaca 'Bismillah' dan ucapan memuji-muji Allah serta berselawat ke atas Nabi Muhammad.

3. Mengadap ke Kiblat.

4. Memohon ampun dengan merendahkan diri serta mengakui akan kesalahan diri
di atas dosa dan kesilapan yang telah dilakukan sebelum berdoa.

5. Berdoa dan memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta memahami segala isi kandungan dan maksud doa.

6. Berdoa dengan penuh khusyuk, tawaduk dan ikhlas serta merendahkan diri.

7. Mendahulukan doa dan permintaan untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum berdoa untuk mereka-mereka yang lain.

8. Berdoa dan mengulangi bacaan doanya sebanyak 3 kali bagi sesuatu hajat yang lebih berat atau yang lebih diutamakan.

9. Menghindari diri dari sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh agama sama ada pada makanan, minuman, pakaian ataupun pekerjaan.

10. Berdoa untuk kaum muslimin dan muslimat secara seluruhnya untuk kesejahteraan mereka tidak kira yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia.

~kadang-kadang doa kite tidak dimakbulkan oleh-NYA mungkin kerana perkara-perkara yang kecil ini kite lalai dan kurang ambil berat...jadi mungkin dengan pengetahuan sedikit ini akan membantu menjadikan doa kalian di terima oleh-NYA... :)

~Sekadar Berkongsi~

http://emo.huhiho.com


Sedikit pengetahuan yang boleh dikongsi bersama rakan-rakan..

mengenai "HIKMAH BERDOA"....Terutamanya bagi kite orang Islam...
kan tak pernah lari dari memohon Doa...

tapi saya tak cakap orang yang bukan Islam juga tidak berdoa, mereka
berdoa dan mempunyai cara mereka tersendiri...

di bawah ini saya senaraikan beberapa Hikmah Berdoa...

1. Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang

mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2. Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan
kekuatan iman seseorang mukmin.

3. Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

4. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi
penawar dan penenang kepada hati yang bersedih.

Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan
menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).


5. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan
kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur.

Sabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah,ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'.(H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu
rahmat-Nya kepada manusia.

Sabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'.(H.R.Ad-Dailami)

8. Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan
kasih sayang di antara sesama mukmin.

Sabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya
(mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)

"JADI SENTIASALAH BERDOA kepada-NYA dalam setiap perkara"