Selamat Datang...Selamat Membaca & Selamat Kembali Semula ye..saya sayangkan awak.awak.awak semuaa... ..=)

Wednesday 31 August 2011

~Selamat Hari Merdeka Semua~


hye semua..

Selamat Hari Raya AidilFitri kawan-kawan..mcam mana hari raya pertama? seronok? indah ke? seronok tahun nie ke tahun lepas? Ain tahun nie so so je..sebab agak rasa tak seronok sikit sebab selalunya adik-beradik ain mse raya semua ada..tapi tahun nie abang long ain buat pertama kalinya takde die raya umah mak mentua die jadi adik-beradik ain kurang sorang...pastu, yang angah ain pulak kene keje..jadi, die takde kat umah..so, family kitorg kurangla dua orang.. tak best bukan?? korang mesti bestkan?

Tanggal 31 Ogos 2011, negara kite akan menyambut Hari Ulangtahun Kemerdekaan yang ke-54..jadi, di sini ain mengambil kesempatan untuk mengucapkan:

:
:


semoga negara kite akan terus maju, aman makmur wat selamanya tanpa ada gangguan dari mana-mana pihak..semoga sejahtera hendaknya..di samping dengan adanya perdana menteri yang berdedikasi sentiasa memastikan negara berada dalam keadaan yang sempurna..

syukur alhamdulillah, setelah negara kite mengecapi kemerdekaan, negara kite banyak ada perubahan..betul tak? lihatla kalau kite bandingkan dulu zaman negara kite dijajah mengikut cerita sejarah mcam2 jadikan? tapi bile negara kite da mengecapi kemerdekaan negara kite da seperti negara yang aman...lagipun, bila da negara kite sendiri dijajah kite semua hidup seperti merempat di negara sendiri, tapi bila negara kita da di merdekakan tugas kite generasi akan datang untuk sentiasa menjaga keamanan negara nie supaya kuasa asing tak boleh sesekali mencuba untuk kacaw semula negara kita..ye tak??

TAPI..Kalau rakyat Malaysia sendiri yang cuba memberi laluan negara asing untuk masuk campur dalam urusan negara kite tu nak kira macam mana kan?? memang Ain takkan sesekali menyokongla kalau ada rakyat kite yang tak RETI nak bersyukur tu... ('',)

Ape-ape pun kepada rakyat malaysia yang berbilang bangsa sekali lagi Ain nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 dan Happy National Day to you all.. =)




Untuk semua terima sedikit Puisi untuk tatapan kalian semua dan cuba hayati renungkan maksud setiap kata-kata yang hendak di sampaikan =)

~Negeri bertuah ini~

Tanah air tercinta
Di sini kita dilahirkan
Di sini kita dibesarkan
Di sini taat setia dicurahkan.

Negeri bertuah ini
Warisan nenek moyang
Kaya dengan budaya
Kaya dengan adat dan suku
Air setitik menjadi tasik
Tanah sekepal menjadi gunung
Rakyat dididik hidup muafakat
Bijak dijadikan panglima
Alim dijadikan imam.

Negeri bertuah ini
Pernah terjajah dan dijajah
Demi maruah bangsa dan tanah air tercinta
Rakyat bangun menentang
Darah tumpah merata.

Negeri bertuah ini
Sudah merdeka
Yang gagah tidak lagi mengunus senjata
Yang berani tidak lagi bermaharajalela
Rakyat bangun berjuang
Melawan kemiskinan
Membasmi kejahilan.

Negeri bertuah ini
Rakyat belajar berdikari
Hutan diteroka menjadi ladang
Desa dibangunkan
Bandar dimodenkan
Rakyat bersama mengecap pembangunan

Negeri bertuah ini
Tanah air tercinta
Pesan nenek moyang
Di mana bumi dipijak
Di situ jejak bertapak
Di mana tempat bernaung
Di situ taat dijunjung
Di mana darah tumpah
Di situ kasih dicurah.

Negeri bertuah ini
Negeri kita
Mari kita bangunkan
Mari kita makmurkan
Mari kita pertahankan.......


~sekian~


macam mana? puisi itu? hehe ('',)

*SAYA BANGGA JADI ANAK MALAYSIA*

(Kalau bukan kite yang nak bangga sape lagi yek tak?)


kepada anda semua kalau sayangkan negara kite, kibarkanla bendera Malaysia tu..bukan selalu nak kibarkan tak salah kalau kite habis duit RM5.00 untuk beli bendera tampal kat kereta kalau itu bole melambangkan yang kite sayangkan negara kita...ye tak?

ape-ape pun, ingatla tanpa orang dulu-dulu kita takkan mengecapi kemerdekaan hingga ke saat ini..jadi jangan lupe hargaila orang dulu-dulu kerana tanpa mereka, tiadala kite semua HARI INI! hehehehe

^MERDEKA,MERDEKA,MERDEKA^

~BYEEEE..~

Monday 29 August 2011

~Selamat Hari Raya SEMUA ('',)~




hye semua ('',) mesti semua dalam mood raya kan? tapi pose penuh tak nie?? hehe (eleh ain cakap orang die pun sama jugak) hehe



cuma nak ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI' kepada semua..terutama keluarga tersayang yang jauh & dekat di mana sahaja mereka berada, buat teman-teman, sahabat handai, rakan-rakan blogger dan juga orang-orang mengenali diri ini...




Ampun Maaf Zahir dan Batin ku hulurkan andai selama nie ada salah silap di mana-mana..yang menyinggung rasa, terasa di mana-mana, salah mata, tangan, telinga da sebagainya..halalkan apa-apa yang termakan, terminum, terambil, terguna, dan yang sebagainya....

ingatla pesanan KERAMAT di bawah ini:

:
:


*ingatla sayanginya nyawa anda, anda mampu mengubahnya*..
"BIAR LAMBAT, ASALKAN SELAMAT SAMPAI KE DESTINASI ANDA"



Kepada yang pulang ke kampung, selamat balik kampung ye kawan-kawan..ingatla jangan suke-suke sangat kerana di kala kite suka dan gembira ada insan yang sedang berduka.. kesedihan kehilangan insan-insan yang mereka sayang dan pada kite sentiasala bersyukur kerana masih memiliki insan yang kita sayang itu ('',)



pesan pada si pemandu, ingat anda bukan hanya bawa nyawa anda sahaja dalam kereta malah anda bawa nyawa orang laen bersama dengan anda..sama-sama ingat-mengingati tegur-menegur sekiranya si pemandu mengantuk jangan lupa berhenti rehat di mana-mana..

ikutila pesanan polis negara kita yang menasihati setiap pemandu untuk berehat setiap 2 jam selepas memulakan perjalanan bagi mengelakkan kemalangan jalanraya..dan berehat di R&R yang disediakan di setiap highway.. ('',) sama-samala kita mencegahnya kerana musim perayaan bukan tempat untuk kite berduka ia adalah untuk kite semua berkongsi kegembiraan setelah sebulan kite berpuasa..('',) jadi renung-renungkanla yee.. ('',)

Akhir kata, saya mengucapkan ''SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI'' kepada semua muslim yang menyambutnya dan saya juga mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat negara yang ku cintai..semoga negara ini terus aman, makmur di bawah perdana menteri yang berdedikasi...semoga negara terus aman dan sejahtera buat selamanya ('',)



ermm..tahun nie ain raya kat KL dulu seperti biasa lakan...raya ke-2 atau pagi raya-1 baru pulang ke kampung ibu..tapi sehari tu jela..hehehehe bye..bye semua... ('',)


mood: raya
(tak saba nak bagi duwit raya)
sape nak angkat kaki? hehe
daaaaa ~

Sunday 28 August 2011

~Lelaki oo lelaki..~


haha..tajuk entry yang menarik..('',) rasanya ain jarang sentuh mengenainya kan? ain bukan ape takde isu yang nak dikupas...hehehe tapi malam nie tetibe nak bukak topik pasal nie.. tak dinafikan ade yang menggunakan istilah bahawa 'lelaki dijadikan untuk perempuan, dan sama juga perempuaan dijadikan untuk lelaki'...

yela untuk haiwan 'si jantan' untuk 'si betina' kan..da sebagainya la..jadi ain nak kupas atau nak sentuh lebih kepada manusia..iaitu di mana lelaki dan perempuan...ape yang ain nak coretkan nie adalah dari hati ain sendiri dan mungkin sedkit perasaan ketika ini..



mood ketika ini dalam dilema la yek..dalam mood yang agak sensitif =(

selalunya orang cakap kite kalau suke seseorang kite ada ciri-ciri kite kenapa kite suka kan.. kalau kite tak suka pun kite de ciri-cirinya ye tak? ade juga yang buat tafsiran kata lelaki yang perempuan suka..mcm ni..mcm ni..mcm ni..walhal die yang suke ciri-ciri tu semua ye tak? hehe..

jadi arini ain pun nak senaraikan la ciri-ciri yang ain suke..hehee suke la kat laki..eh memang kene suke kat laki pun kan kang kalau suke perempuan jugak jadi masalah pulak ye tak? hehe

antara ciri-ciri yang ain suke la kan: (kalau ada 8 dri 10 better la kan) mana ada manusia yang prefect ye tak? kadang-kadang kite perlukan ada ciri-ciri tu sikit dari takde langsung untuk senang di kemudian hari..pada ainla ye... ('',)

  1. ain suke lelaki yang memahami (faham jiwa ainla)
  2. yang suke sama minat dengan ain
  3. kalau bole dengan ain, taknakla layan kawan2 laen (layan ain je) hehe
  4. pandai jaga solat die ( yela nak jadi imam keluarga kan)
  5. jaga penampilan diri die (kalau comot xnk) haha
  6. ada kerjaya & masa depan die yg baek
  7. menghormati ibu bapa orang yg lebh tua
  8. memahami ain dalam keluarga
  9. menerima ain dan keluarga seadanya
  10. faham la jiwa ain dan tak larang ape yg ain nak buat...
sekiranya ain jumpa orang yg macam nie kalau tak memenuhi 10/10 pun takpela asalkan ade sangkut 5,6 mana2 tu hehe..dan kalau la ada ain cuba akan memenuhi impian die yang lebih kurang ain senaraikan mcam nie:

  1. cuba untuk jadi yang terbaek untuk die
  2. cuba faham die dalam keluarga die
  3. menerima die seadanya
  4. cuba untuk memehami jiwa die (kalau lebihkan kawan kene la belajar terima wpun sakit)
  5. cuba belajar memasak (kene la tackle part nie utk mse dpn) hehe
  6. pandai jaga hati mak die (aset tu hehe)
  7. kalau bole terima pekerjaan die (nak yg better dari syela ye)
  8. kalau bole cube terima kalau da fesyen die cmtu cume kalau bole taknak die (BOTAK)hehe
  9. belajar masak lauk kegemaran die..hehe
  10. belajar untuk mengetahui minat die
asenya macam ade yg kurangkan? kalaula kenyataan dan ada orang mcm tu, mana2 yang nak ditambah bole ditambah kemudian yek...hehe =)


akhir kata,



*semoga kite jumpe di entry yang laen yek *

Friday 26 August 2011

dalam bulan baek pun de jugak Pompuan mcm ni! ishk~

salam...semua..
wah de ke yg membacanya ni? hehe ok, pertama sekali maaf gambar kat bawah menggambarkan mood saya ketika ini...iaitu tengah bengang dengan seseorang**


ok, saya akan teruskan..becerita ye..orang yang menyebabkan saya bengang nie bukan orang sekeliling saya...malah dia hanya rakan di alam maya nie SAHAJA...(rakan tak rakanla kan) ok, saya teruskan lagi.. macam nie sebelum2 nie, mse saya tengah gile dan fanatik dengan MYVI LAGI BEST tu, saya pun join la 'PAGE PERODUA MYVI' dekat FB pe lagikan...

jadi di situ ramaila bakal2 yang membeli kereta myvi baru mcam saya tu..ramaila yang menunggu mcam saya jugak..ada juga yg gembira dapat kereta seperti yang dijanjikan dan ade juga yang sentiasa wall kat page tu hantar perasaan tak puas hati dan kecewa sebab laen mereka janji laen mereka kotakan..maksud saya kira tak dapatla sebelum raya mcam saya juga.. =(

ok, saya tak nafikan saya juga ada turun menghantar msg kat wall mereka perasaan tak puas hati saya..tapi biasanya akan di respons oleh mereka yang turut menerima nasb yang sama seperti saya...ok, nak story..dalam ramai-ramai tu adelah makhluk tuhan yang paling pada saya amat berlagak dan perasaan bagus! die nie perempuan!! perempuan muslim yang perasaan & bajet bagus! serta cun!..

sorry to say, memandangkan die da dapat kereta awal kira seperti yang pihak perodua janji die asyik nak backup besar je bile kami (orang2 yg sabar menunggu utk dpt kereta) melepaskan perasaan amarah kami di wall perodua tu...


Yang buat saya bengangnye tu, adela sorang rakan kami dalam fanpage tu, bgitahula mcam kate kalau bole nak dpt kereta sebelum tarikh2 tertentu dan adela sedkit menggunakan perkataan kurang enak..adatla orang tengah bengang..pastu tetibe pompuan yg rasa die bagus tu pun komen, dieleh cakap ' saya rasa no point u mara kat sini blaa..blaa, better u report kat hq or tv3? (peh ayat kaw??)

pastu ain pulak jawab (yela AIN sokongla pda yg mengharapkan kereta tu) ain jwbla 'betul2' tu je.. last2 pompuan lahanat tu ckp 'norain this messge it's for u too..kepala hatuk kaw arr...eyh pompuan aku nak cakap sikit..(haa da mula da ) nak bgitahu ek... kaw patutnye bersyukurla kaw da dpt pe kaw nak.! kaw tak tahu pe kami rasa waktu nie..jd pada aku kaw tak payahla nak perli2 sahabat kami tu yg mengharapkan kereta die dpt sebelum raya..kaw bolela ckp mcm tu sbb kaw tak kene mcm kami!!

lagi satu, kaw nk cakap kaw mengalami nsb mcm kami sbb kaw pun dpt lama tunggu bru dpt bis kami, bukan mcm kaw ke tunggu sme2 dgn kaw...kira kaw pun booking before launch kan? bistu kami booking selepas launch ke?? pompuan kaw cakap senangla kaw tak tahu ape kami rasa!! jadi better kaw shut up je la ok!!!

bile pompuan tu ckp 'norain this mesage it's for u too..ain pun jawabla 'pape jela'...tu je..haha pastu die jawab balik 'time kasih la norain..u'r nice person! eleee kaw nak perli aku ke ape?? ade aku ksh kaw nak cakap mcm tu!! elo pompuan, nasb baekla aku xjumpe kaw kalau tdk dgn kaw dengan kete kaw aku '*** PAPE JEEE'...sbb kaw cakp page tu bukan tempat sahabat kami nk luahkan bistu ape gune wat fanpage perodua...da sah2 la tu tempat nak kongsi perasaan tak puas hati or seronok..takkan nak citer pasal bagussss jeeee...eeeeee xfhmla aku dgn kaw nie!!

KEPADA POMPUAN TU (AKU NK CAKAP SIKIT EK):

  1. Mind' your own bisnesss
  2. kaw tak payahla nak selak2 kaen org len (kaw jaga tepi kaen kaw dulu)
  3. suke hatila die nk cakap ape..(kaw kene fikir kaw cakap tu tak menyinggung ke die)
  4. yg kaw nk tgur2 siap cakp mid your own word, in fact this ramdhan month bistu mulut kaw yg mcam lagi teruk dri longkang tu kaw tak jaga pulak asal??
  5. kaw fikir la..kaw terasa kami cakap, yg kaw cakap org laen tak terasa ke?
  6. wpun kaw tak cakap kat aku, tapi aku (sebagai org yg belum dpt kereta aku fhm perasaan die) so kaw tak faham ape kami rasa baek kaw 'TUTP MULUT' kaw
  7. kaw jgn bgi kami doakan kaw jadi ape2 mse kaw bawak kete kaw balik kg nnti SUDAH!!
  8. pasal kaw hampir kawan2 kami yg like page tu da 'UNLIKE' da page tu (termasuk aku) sebab aku malas nak bertekak mulut dengan pompuan mcam kaw
  9. weeehh malu sikitla...kaw jgn ingt kaw tu CUN SGT LERRR..(PLEASE RAMAI LGI CUN DRI KAW)
  10. SBB PADA AKU, CUN LGI LONGKANG BELAKANG UMH AKU DRI KAW!!!

ps/:
kepada kawan2 maaf bahasa kurang sopan sbb
mmg bengang dgn pompuan muslim tu..
die igt die ape...ishk!
(nasibla dlm bulan ramdahan nie)
AIN, ISTIFARRR...
*ASTAGFIRRULLAHALAZIM*
26-8-2011




Tuesday 23 August 2011

~Bile ckp tak serupa Bikin!!~






Bukan nak kejutkan kalian semua dengan gambar kucing di atas tapi lihatla kalau kucing pun pandai mara untuk pertahankan diri die inikan kita manusiaa...betul tak? Tapi sebab apa AIN mara?? punca dari apa?? korang nak tahu? nak tahu tak??

ok ain citer, tengok tajuk pun da tahukan mara..betul tak?? Yela 'CAKAP TAK SERUPA BIKIN'.. yang Ain faham maksud die lebih kurang mcam niela...bile cakap lain, buat lain haaa lebih kurang mcam tula maksudnya...Ain sebenarnya tengah mara dengan nie..jap...jom terjah:

:
:
:



Niela company yang buat ain Bengangg!! bukan ape diorg janji mulut manis je dengan Ain cakap boleh dapat kereta kalau booking sebelum pelancaran akan dapat selewat-lewatnya dalam bulan 8 dan sebelum Raya...tapii korang tengokla sekarang da bape ari puasa??? korang leh percaya ke akan dapat sebelum raya?? da sah2 semua kakitangan company tu semua tengah mood raya... pastu orang JPJ pun da takdenye akan kerja..semua tengah jiwa raya...




Entahla kalau ikutkan hati memang menyirap terbakar je...mula2 tu boss ain(makcik Ain) kol Perodua tanya status kereta diorg kata sebelum raya Ain num.15 dalam branch die...tup tup next week nya tu abah pulak kol tanya..diorg bole cakap tak tahu mungkin no, 5, mungkin no 3 agaknya..bole pulak cakap mcm tu..yang ain menyirap lagi Salesgirl Ain tu bole cakap dengan abah kalau bole saya pun nak cepat2 nak dapat Komisyen?? Ade ke die cakap mcam tu mcam lahanat jee cakap...ko ingat aku terhengeh sangt kee...menyesal pulak ain ase booking kat tempt tu???? eeeee geram betulla...

ade lagi satu nak citer, mse abah kol tu abah geram abah terus kol Perodua HQ tanya..org Hq boleh cakap under nama ain booking kereta myvi premium grey..apalagi abah pun menyirap la cakap bile pulak anak sye booking warna grey premium?? diorg cakap kami terima booking dari Salegirl die...abah pun apalagi mengamukla...terus kol ainnye salesgirl marakan die....

pastu diorg da perbetulkan balik..dan ain No. 2 dalam list..alaaa konon jela tu..entah betul ke tidak..diorg bg alasan ain nye loan lambat approve sebab tu lambat dapat.. sudahlaa...korang memang tak kan pernah nak mengaku salah kalau memang da salah korang takyahla nk salahkan orang laen..!! Angin betull arr!!




nampaknya 'HARAPAN HANYA IMPIAN' jela nak merasa & berkonvoi raya dengan kereta baru tahun niee..sebab semua harapan Ain telah dimusnahkan oleh Perodua yg mcam Pu***MKKK tuuu...eeeee...entahla...skg niee ain memang da takde hati da nak harap dapat kereta before raya sebab ain da takde ase excited nak dapat kereta baru sebabkan Perodua da buat Taik cantikkk punya dengan Ain!!!



mood sekarang kalau fikir pasal kereta memang sedih tapi sebab malas nak mengharap lantakla nak jadi ape pun...biarla yang penting ain tahu ain tak rasa ain akan dapat before raya..ucapan ain kepada Perodua Team, THANKS to make me disppointed of you...next time please always make your customer feel like thiss ok!!!!!

BYEE~~~~~*BENCI PERODUA*@@


~Cuti..cutii..cutiiii yg BEST!



salam semua..('',)


alhamdulillah mood arini agak ok dari semalam...tapi serius cakap, semalam kat office ain bukannya buat keje sangat..sebab takde mood..muka pun takdela nak sengih2 nak gelak2 mcam selalu...yela semalam ase tension sikitla...takde jiwa nak buat keje...tu yg semalam tghari ain isi borang annual leave...(borang cuti)...

ain apalagi ingatkan nak mintak cuti 2 ari je minggu nie..iaitu ari selasa (arini) untuk abah bawak kenari g workshop..repair pe ntah tpi makan masa sehari...tu yang ain ambik cuti...pastu ain ingat nak ambik cuti ari jumaat sebab biasala nak dekat raya kan nak ambik wat shopping raya sebab ain ingat 25hb baru dpt gaji + bonus raya tu yang bajet soknya nak berjoli raya hehe.. tapi bila da jadi camtu spoil mood ain, ain pun teruss la ambik cuti Direct 4 ARI hehe..




muka takleh blah kan..heheh ('',) ain pikir sebab ain malas nak keje minggu nie takde mood jadi tu yang ain apply cuti direct 4ari lgipun ain nye cuti tahunan masih bebaki 14 hari lgi...jadi ain apply la 4 ari....kira tinggalla 10ari...tu pun kira banyak lagikan.. ('',)

alhamdulillah sampai petang tu, boss ain (mak uda) bagitahu yang cuti ain approve..jadi ain pun sengih memang gembira tak terhinggala.ase tak saba nak balik sebab ain memang takde mood nasib baekla da takde keje..semua keje ain da siap awal2...pehh kalau tidak ase memang tak dapat kot cuti tu... ('',)

kiranya cuti yang ain apply 4 ari tapi diorg bgi cuti raya seminggu..tu jadi bile di kira-kira lebih kurang dalam 2 minggu lebih jugakla cuti raya ain tahun nieee... hehee ('',)

jadi dengan rasminya dari 23 hb Ogos 2011 hingga 4 September 2011 'AIN CUTI'.. seronok jangan cakapla lebih kurang 2 minggu jugakla cutinya niee..hehehe mewahh bukan...ain harap dengan cuti nie sedikit sebanyak dapat melupakan apa yang berlakula sejak menjak niee....INSYA'ALLAH

okla semoga berjumpa di entry seterusnyaaaa ok! daaaa...~


Monday 22 August 2011

~Bile Mulut yang salah!~

Dalame ase diri nie tak tulis catatan kehidupan kat sini...entahla dengan mcam2 masalah yang menimpa keluarga sejak dalam bulan yang mulia nie...mcam2 dugaan, macam2 yg ain rasa nak kate sedih, nak kate gembira, nak kata bengang, nak kata tersinggung semua ada...semua... =(

arini pagi nie, mood tak bape nak ceria seceria selalu...sebabnya hati nie ternampak2 terbca2 terdengar2 MSG yang ain terima semalam...bukan pe tu adalah hal kerja...hal di mana ain takleh share dengan sesape sebab orang laen tak faham keje yang ain buat tapi ain?? ain perlukan seseorang untuk ain luahkan....

sedih bile fikir...yela keje dengan takde kawan serba sorang2...bile nak kongsi cakap, takde geng bile nak g keje ingat office yg kosong hanya ada barang takde rasa nak pegi cpt2 pun msuk keje.. yela bukan mcm office len kene punch-card, kene keja parking, ade EPF..ain? semua tu takde walhal ain da keje hampir 8 bulan...tapi bukan itu yang nak rungutkan...tapi laen...

mcam sedia maklum ain keje lebih kepada bidang pendidikan tapi orang dewasa yang bekerja sambil belajar...diorg yang mana study nie, belajar dalam salah satu hujung minggu hari sabtu & ahad pastu minggu seterusnya salah satu hari sama ada sabtu atau ahad diorg ade exam...mcam Center di KL, exam hari ahad...dan nak senang citer untuk 1st timenye ain kene jaga student KL exam SEMALAM...diorg kalau exam dari pukul 10.00 - 12.30tghri je..

jadi semalam ain pun pegila mcam biasa..setting semua kan...pastu sebelum diorg mulakan menjawab, ain pun pesan la...mcm dalam dewan exam student2 sekolah...ain cakap, yg kertas soalan & kertas jawapan perlu diikat bersama, pesan tidak dibenarkan buat bising atau ganggu rakan lain...ain pesan juga kalau benda tu terjadi ain tak teragak-agak untuk ambil nama & beri pada pn.ruby @ en.md noor untuk tolak markah..

(ain sje cakp mcm tu tanpa niat apa2 bukan ape selalunya kalau ain sorang2 diorg student tu suka wat bising dan tak hormat ain) sebab tula ain cakap mcm tu...tapi entahla...agaknya ain tersilap cakap..


dan entah mcam mn ain diberitahu pn.ruby (mak uda) tak dapat datang aritu, tetibe lepas ain cakap mcm tu mak uda pun datang dengan pak uda..pe lagi terkejutla ain..sebab ramai tanya ain pasal mak uda & pak uda datang tak, ain jawabla tak..sebab ain ingt memang tak dtaang sekali datang...(dalam kotak fikiran mesti diorg ingt ain tipu) =(

selepas tu, mak uda & pak uda tak lama pun diorg tengok kejap2 je..tapi mse tu diorg takdela cakp ape2..tapi entah mcm mn bile da dalam 11.30 mcm tu diorg dalame balik tetibe ain dpt SMS..dari mak uda..kira mcam berusur tenguran..tpi ain terasa dan sedih =( terus ain rasa berubah air muka ain bile dpt msg tu... =(

mak uda cakap, 'bukan nak mara tapi nak bagi teguran sikit..td mak uda dgr sebelum diorg mula exam ain cakap 'sya tak teragak-agak' bunyi mcm strict sgt..ain takle ckp mcm tu diorg tu org yg lbh tua dri ain, diorg tu tua3 yg sensitif...yg ain sedih mak uda cakap NO MATTER WHY.. ain sedih sebb ain tak rasa ain cakap lantang mungkin sebab dewan tu besar dan ain sorang je cakap sbb tu mcm terkuat dan terlantang bile bercakap..tp nak wat mcm mnkan dan die ckp no matter why...maknanya tak kisahla ape sebab pun... =(

ain tahu, mse mak uda datang tu takde pape lg..dan ain dapt rasa mesti si tua2 yg poyo2 especially mokcik2 propa tu yg complain...selalunya diorg tu dengki, de je ape yg ain buat tak puas hati..pastu tak men agak2 tegur ain dulu ni tak terus report kat mak uda...entahla...bila jadi mcm tu kalau ain jumpe pompuan yg complain tu memang ain ludahhh jeee... (kejam betul aku nie *,*)...lantakla... org nk ckp ape...


bile da jadi mcm tu, ain ase tak best da...spoil sungguh mood ain...smpi ke pagi nie msih ternampk3 msg tu wpun ain da buang msg tu..dlm inbox hp tp dalam inbox kepala msh de... tak bestla..menyesal pulak jaga exam semalam...pasni agaknya tak payah bagi arahan kot jadi bisu je bile jaga exam kotla diorg bg ain jaga lgi kalau tak, takpela ain pun tak kisah...

dari ain elok2 fikir tahun depan nak sambung belajar dengan diorg jadi tak jadi nak sambung dengan diorg..yela jiwa ain tak seronok diorg seronokla mudah keje diorg..tpi ain...erm..ain da fikir, ain nak apply keje laen..kalau dpt lebih bek...lebh bgus ain tinggal je keje nie...(LANTAKLAA) asyik salah je..ade je tak kene,...MENYAMPAH JUGAK....

okla..sambung entry nnti..bye!


(sorry mood tak baek arini)

Thursday 4 August 2011

~Selamat UlangTahun ke-36~

Salam semua...selamat pagi ye...('',)

hari nie sudah kari ke-4 korang semua berpuasa betul tak?? tapi i baru je sehari arini hehehe nak wat cam ne kan..?=) semoga kite semua tabah menghadapi dugaan pada hari-4 nie yek =) Dalam keluarga ain bulan 8 adalah satu bulan yang penting..penting kenapa ek? penting sebab tanggal inila di mana ibu dan ayah ain bernikah, berkahwin hehe =)

maksudnya?? pada 3 Ogos 1975 adalah merupakan tarikh mummy & abah ain bernikah dan pada hari semalam (3 Ogos 2011) merupakan hari UlangTahun yang ke 36 Tahun mereka berdua menjadi suami isteri dan sekaligus menjadi ibu dan ayah ain...('',) lama bukan??

Sebagai anak, ain mendoakan semoga jodoh mereka sehingga ke hujungnya..semoga mereka tabah menghadapi hari-hari tua bersama....tabah melayan kerenah anak2 yang semuanya da tua2 tapi perangai mcam budak2 sekolah lagi....


~Ibu bapa Dunia Ain~
(Bersyukur dengan pinjaman Oleh-NYA)

ucapan untuk abah & mummy:

tiada apa yang dapat ain ucapkan melainkan ain mendoakan semoga hubungan mummy abah berkekalan hingga ke akhirnya...semoga mummy abah tabah menghadapi ujian oleh-NYA.. semoga mummy abah sihat selalu...kesihatan yang baek...semoga selalu senyum, selalu gelak.. walaupun kadang2 anak2 mummy abah suke menghimpit mummy abah dengan masalah tapi ain harap mummy abah tabah menghadapi ujian-NYA ye.. ('',)

Akhir kata, ain SAYANG mummy abah dulu, kini dan selamanya ('',)

Wednesday 3 August 2011

~gerammmmm betul!! ~

salam semua..

sudah pun masuk ari ke-3 korang berpuasakan di bulan Ramadhan nie? AIN? korang tanya ain? ain belum mula pun lagi puasanya hehehe =) nak wat mcm mnkan? amacam? ok ke posenya? hehehe..arini, ain bukan nak cakap sal puasa yek tapi sal sebuah kereta... =)

kat sini ain cuma nak meluahkan jelakan...maklumla takde spe yg sudi nak dengar rintihan hati kalau nak citer pun jadi lebih baekla meluahkan je dalam bentuk penulisan di sini...pada kawan2 yang suka cakap ain suke buat karangan dalam blog ain, ain nak jawab balik.adee ain kisah? namaa pun blog Ain..suke hatila nyah! hehe =)

seperti sedia maklum, ain memang sudah pun booking kereta myvi baru modal elegance 1.3 colour mystic Purple ala seperti yang kat bawah nie...

:
:
:


kalau ikutkan la..pilihan warna di hati, warna ini tak pernah sekali muncul dalam fikiran untuk menjadi pilihan...entah mcam mn gatal gi pilih warna nie...kalau ikutkan untuk model elegance ade 3 warna je...iaitu hitam, putih & purple...

kalau dulu ain suke myvi lama warna yg ala2 mcam biru2 grey enth mcm mana nak cakap colour medalion grey asenya nama die...tapi tu dulu mse suke myvi dulula kan...pastu ain gi gatal terminat pulak myvi limited edition suke giler dengan warna putih dieee....bila cari2 da habis stokk daa mse tu...yela da hujung2 diorg sibuk2 nak siapkan model baru niee...

jadi..hasrat hati ain telah beralih la ke the new myvi..yang sememangnya cantik!...kalau ikutkan dulu2 la kan...1st pilihan ain mse nak pilih kereta jenama PERODUA nie ain nak beli viva je.. sebab mse tu hanya fikir pasal kemampuan...tapi bile da tukar kerjaya tu yang ain pindah pada suke Myvi....TAPI....

ain sedih skg nie..yela..dulu, mse ain booking kereta myvi tu sebelum dilancarkan diorg salegirl ain bagi harapan kate myvi purple kalau nak warna tu kene tunggu bulan 8... korang bayangkan la mse tu selepas pelancaran dalam bulan 5,6 camtu nak tunggu bulan 8?? azabb kot...saba jelakan...ain pun sebab da suka kan..ain tunggula bulan 8..kononnye sebab nak warna purple ikut pilihan mejoriti..bukan pilihan hati ain taw....

macam sedia maklum, ain memang suke myvi elegance..kalau premium ke standard ke ain cakap siang2 ain memang tak pandang daa..sebab pada ain sama je model tu... dengan myvi lama..tapi elegance nie die de special sebab de GPS... =) pastu de touch screen...tu yang wat ain gile dengan myvi baru....

so skg nie, bile ain tanya2 ainnye salegirl pasal kereta nie yela sebab da bulan 8 kan..dulu die cakap bulan 8 sama ada awal bulan atau pertengahan bulan kira sebelum raya..nie semalam ain tanya die bole pulak cakap dalam bulan 8 baru HQ akan lounch warna purple bergantung pada HQ bile bole bagi pada pelanggan yang dalame booking....

die cakap mcam tu pulak..bile tanya bole dapat sebelum raya ke? die cakap INSYA'ALLAH..tu je reti...heyyyy aku bukan nak dengar ko cakap mcm tula...aritu dulu mse mula2 bukan maen ko cakap bole dptla...sebelum raya blaa blaa semua...bukan maen kaw berjanji dan beri aku harapan..skg kaw buat apa....ain ase terkilan sedih la..sebab kite beria-ia tunggu bulan 8, sekali bulan 8 tinggal harapan je kottt....

bile ain fikir2...ain tengok dengan fb perodua & semalam ain kol customer servis perodua untuk tanyakan hal nie..mereka cakap bulan 8 sama ada minggu 2 @ ke 3 pihak HQ akan lounch warna purple dan memberikan pada pelanggan yang dulu order..tapi masalahnya betul ke? ke saje bagi harapan lagi?? mcam nie ke servis PERODUA??

menyesal..semalam dalam fb perodua, de orang cakap yang myvi purple akan kuar 20hb 8.. korang bayangkan la 20 hb?? kotla..baru kuar..pastu dapatnye?? bile? mse tu semua duk sibuk2..nak beraya...ain ingt daptla guna mse raya kira kereta raya sekali punah asenya harapan ain..ain tak sangka jadi camni..

pasni memang ain da malas da nak mengharap dan menghitung hari...seksa betul asenya...entah mcam mana bile tengok sekeliling kiri kanan area rumah ramai yang da dapt myvi baru elegance warna putih, warna hitam tetibe ain ase mcam nak tukar warna je...kalau sebelum raya masih takleh dapat juga warna purple ain ingat nak tukar warna putih jee...korang rasa mcam mana?

yela ain suka warna putih tu..sebenarnya..tapi sebab ain fikir kalau putih ain takut ain tak pandai jaga...calar ke..nampak je kot...entahla..kalau fikir pasal servis yang mcam c*** tu..ase mcam tension...kadang2 ase geram sebab diorg nak wat marketing ain yang teruk kot!

tapi entahla..bile ain fikir2 balik kalau ain bole tunggu dri awal tahun untuk myvi baru nie dilancarkan dan ain bole besabar tunggu sampai bulan 8 takkanla ain tak leh tunggu 20 hb niee kan...betul tak? kalau dapat ke x mse 20 hb tu ain kene tolak tepi dan jangan mengharap sagt da...just tunggu jela...bak kata family ain dengan boss ain diorg kate tunggu je..nanti kalau ain tukar warna laen, mase tu da kuar warna purple ain yg terkilan pulak...jadi nampaknya tunggu je la yeee....klaaa....sambung citer nanti...

~NANTIKAN KEMUNCULAN BABY CAR AIN OK!~





~errrrmm warna putihh pun cunn jugakkk maaaa~
janji de GPSSS & TOUCHHH SCREENNN~
kaw ADE?? hehehe ('',)


Monday 1 August 2011

~Selamat Berpuasa~



salam...ape kaba semua? sihat? cam ade je yang membacanya kan? hehe sebelum masuk bulan puasa aritu, ain memang sibuk sikit dengan mcam2 tugasan..maklumla bile da masuk bulan 8 banyak pulak kelas yang ain kene sediakan barang-barangnya...ishk2...

tu yang tak sempat nak menaip tu..bulan 7 aritu mcam2 jugakla..ade time ain merayau-rayau dengan kawan2..time ain kuar dengan adik-beradik ain yg jauh lagi ain sayang..insya'ALLAH ain akan ceritakan di sini nanti ye... ('',)



ape-ape pun ain nak ucapkan 'SELAMAT BERPUASA' kepada semua ye.. semoga di bulan yang mulia ini kite dapat menambahkan amalan pahala kite ye...jangan lupa terawih tu hehehe elehh ain niee cakap bukan maen pesan bagai, tapi mula poseee da cutiii... cettt.podahhh.. rugiii asenyaa tapi nak wat mcam mnn..da takdir tuhan yang bagi kan..kite terima jelaa ye tak..?



kepada kawan-kawan selamat berpuasa ye...nanti raya jangan lupa kite konvoi raya bersama-sama yeeeee..... ('',) hehehee

daaaaaa ('',)