Selamat Datang...Selamat Membaca & Selamat Kembali Semula ye..saya sayangkan awak.awak.awak semuaa... ..=)

Monday 5 September 2011

~Kalau dasar KEJAM!!~





Haiiiipp pepagi da buat ain naek angin laa..adoi~~ arini, seperti biasa kalau nak pegi keje ain suke singgah petronas depan umah nie sebab ain nak beli surat kaba..dan surat kaba fav ain mesti 'HARIAN METRO''...dengan hanya RM 1.50 je...banyak info ade..mcam2la.. pasal dalam negara ke..luar ke..gosip dunia ke..politik ke..isu semasa ke.. macam2..sebab tula jadi fav ain..kalau paper laen2 tu boring banyak iklan yang entah pape jee...

(alaa ain kaw da sukee bukan menla kaw berkata-katakan..hehehe)


Macam biasa bila da sampai office ain akan rehat jap untuk ambik masa baca paper tu...jadi dalam banyak-banyak citer hangat arini, ain terpanggil untuk membaca kisah yang pada ain buat ain sakit hatii...adoiii~

Ain percaya pada semua peminat kucing di luar sana kalau baca cerita nie memang terpanggil untuk memaki, mengamuk, menyerang dan mcam2 la yang menggg...hehee korang akan rasa mcam mana ain rasa skg nie..panas tak panas hati kan...korang bayangkan la..ain nie kalau de kucing liar datang rumah kebuluran, ain bole pegi ambik makanan kucing ain bagi die sikit..nie kan kalau kite mengharapkan kucing yang kte hantr kat Pusat Jagaan Kucing tu menjaga kucing kite dengan baek, tapi diorg sebaliknya...malah menyebabkan kucing kite tu mati tak bermaya..

tak ke korang menyesal seumur hidup antar kucing korang kat tempat tu??? kalau ain da sah2 menyesal yang amat sangat da ain akan pastikan pusat penjagaan kucing tu jadi tukar nama pusat penderaan kucing dunia...(gempak bukan??)



korang bayangkan kucing sehensem & secantik nie diorg jaga endah tak endah je...mse orang laen menyambut hari raya, yang kaw g bukak pusat penjagaan kucing yang kaw rasa tak mampu buat, buat ape bukak?? kaw sekadar nak dapat duit je agaknye kan?? tapi keihlasan kaw untuk memelihara kucing-kucing nie kaw letak num.2...sampai hati kaw buat mereka menderita..=(

nie yang aku angin niee...!! korang cube beli paper harian metro arini bukak ms.2..mesti korang sadisss dan geram tengok...kucing yang org antar kt situ semuanya cantik-cantik dan comey.. kalau korang tak mampu nak bela bekla korang antar rumah ain bole ain tolong jaga bagi makan..bukan susah punn!!


korang akan nampak gambar kucing kat bawah nie yang bertajuk besar '16 KUCING MATI' (Haiwan ditinggal di Pusat Jagaan Sempena AidilFitri Tidak diberi Makan)



sumber dari: HARIAN METRO (5/9/2011)

PETALING JAYA: Sebuah pusat penjagaan haiwan ‘diserbu’ pemilik haiwan selepas mendapati haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ dibiarkan kelaparan sehingga ada yang mati di Damansara Damai, di sini, semalam.

Dalam serbuan jam 9.30 pagi itu, beberapa pemilik haiwan yang disertai 20 sukarelawan datang menuntut haiwan peliharaan mereka yang ditinggalkan di situ sejak 27 Ogos lalu sempena cuti Aidilfitri.

Menurut seorang sukarelawan yang hanya mahu dikenali sebagai Emi, 36, mereka mendapat maklumat mengenai pusat jagaan berkenaan di laman sosial facebook selepas beberapa pemilik menyelar perbuatan pemilik pusat terbabit yang menjaga haiwan peliharaan mereka sambil lewa dan dipulangkan dalam keadaan yang teruk.

“Mereka dijanjikan dengan penjagaan rapi sedangkan selepas dihantar pulang, haiwan peliharaan mereka kurus kering dan berbau busuk.“Oleh itu, kami mengumpulkan beberapa sukarelawan dan pemilik haiwan untuk menyiasat apa sebenarnya berlaku di pusat jagaan terbabit,” katanya.

Menurut sumber juga, mereka dikejutkan dengan keadaan tidak terurus pusat itu dan beberapa ekor kucing dibiarkan di luar premis dalam keadaan sangat menyedihkan... tidak tahan dengan bunyi bising di dalam premis itu, mereka memasuki premis itu untuk menyelamatkan haiwan terbabit..

sebanyak 16 ekor kucing mati kerana kelaparan manakala yang masih hidup kurus kering dan tidak diberi makan...(sangat sedihhh baca paper arini) gileeeeeeeee jahatttt!

seterusnya, ada yang nyawa-nyawa ikan dan dihantar ke beberapa klinik haiwan sekitar Lembah Klang oleh sukarelawan dan pemilik haiwan-haiwan tersebut..Pihak polis juga mengesahkan menerima 9 laporan polis terhadap pemilik pusat penjagaan kucing terbabit dan dua individu telah ditahan oleh pihak polis...

kata-kata ain: memang sakit hati bile kejadian mcam nie berlaku..ape salah kucing-kucing tu kesian mereka..diorg taknak menyusahkan tuan diorg pun...tuan diorg antar sebab nakkan kucing diorg dijaga makan minum dan sebagainye bukannya tuan mereka tak bayar...tapi ape yang mereka dapat!! menyesal seumur hidup hantar kt tempat mcam tu...

~Lenkali tak payah antar kat Pusat Penjagaan Kucing la..bawak je raya kat kg samaaa..~

~kucing ain,ain tak pernah tinggalkan kat pusat penjagaan kucing kalau pegi mana-mana ain rela antar rumah makcik mintak tolong jaga..ain cuma pernah tinggalkan kucing kat klinik beberapa malam sebab kucing ain sakit tu pun ari2 ain datang melawat...sebab ain tak percayakan merekaaa hahahahaha

*SEMOGA MEREKE MENDAPAT PEMBALASAN YANG SETIMPAL & KUCING-KUCING YANG TIDAK BERDOSA ITU MENDAPAT PEMBELAAN YANG SEWAJARNYA*

*AIN PASTI LEPAS NIE PENCINTA KUCING SEDUNIA TAKKAN DUDUK DIAM* HAHAHHAHAHA ('',)!!!.....Daaaa~

No comments:

Post a Comment

selamat datang blog kite~ silalah tinggalkan komen di sini~