Selamat Datang...Selamat Membaca & Selamat Kembali Semula ye..saya sayangkan awak.awak.awak semuaa... ..=)

Monday, 31 October 2016

Tahun 2016~




 Dalame meninggalkan ruang untuk menaip dan menulis kehidupan harian Ain di sini. Apa kaba pembaca yang ada ke? =) setelah rasanya bertahun meninggalkan alam blogger ni tetibe hari ini terasa macam nak menulis balik. Hihi

Alhamdulillah, hari ini 31 Oktober 2016 pelbagai dugaan, rintangan, pahit, manis yang telah ditelan oleh diri ini untuk menghadapi hari-hari ke depan. Terima kasih dan bersyukurnya Ain kerana sehingga kini masih diberi peluang untuk terus bernafas di alam pinjaman-NYA ini. Pelbagai masalah, pelbagai pahit manis, sedih yang dihadapi dan tak juga lupa kenangan terindah yang telah tercipta buat diri ini pada tahun ini dan tahun lepas. Hihi

Imbas semula, 
TAHUN 2015 antara kenangan yang masih segar :
  •      Meninggalkan tempat kerja PEM Excellence Sdn Bhd pada bulan September 2015
  •      Mendapat kerja baru di Pertubuhan Peladang Kebangsaan & mula berkhidmat              setelah seminggu berhenti kerja di PEM - Bulan September 2015
  •       Bertunang pada bulan Disember 2015
Kenangan Tahun 2016 yang masih segar diingatan :
  • Menamatkan zaman bujang pada bulan April 2016
  • Mempunyai 2 keluarga mertua di Skudai & di Kota Tinggi, Johor
  • Mendapat berita akan kehamilan – awal bulan Mei 2016
  • Mempunyai suami yang sangat memahami diri ini
  •  Bekerja di NAFAS genap setahun
  •  Berhubung baik dengan anak buah tersayang walaupun jarang berjumpa
  • Mengetahui akan jantina anak sendiri yang bakal dilahirkan   
  • Membuat persiapan untuk kelahiran anak sendiri
o  Alhamdulillah, syukur syukur tak pernah tinggal dalam kehidupan seharian Ain. Sejak bergelar isteri, bakal ibu pelbagai kenangan pahit manis Ain hadapi bersama suami. Dalam rumahtangga yang baru dibina, pelbagai emosi yang cuba kami berdua hadapi.

      Pada awalnya, agak berat untuk ain tempuh selalu menangis mengenangkan apa yang jadi, tapi ain tetap redha dan terus kuatkan diri untuk hadapi. Alhamdulillah, sekarang kami suda menerima kehadiran antara satu sama lain dalam kehidupan rumahtangga dan perubahan demi perubahan banyak berlaku.
      
      Semoga ain terus tabah menghadapinyaa (‘’,)


l


Monday, 31 August 2015

MERDEKA!!!!






Hari ini tanggal 31 August 2015, genaplah negaraku MALAYSIA 'MERDEKA' yang ke-58 tahun. bersyukur kepada-NYA kerana negaraku ini masih aman. Alhamdulillah syukur sangat. Terima kasih juga kerana 'bangsa Melayu' masih menjadi bangsa utama di negara yang aman dan indah ini.

Pada usiaku 26 tahun ini tiada apa yang ku pinta selain dari mendoakan negara yang ku sayangi cintai ini terus aman damai untuk anak cucu cicitku di masa depan nanti.

MERDEKA!!!
MERDEKA!!!
MERDEKA!!

*SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-58* pada semua rakyat MALAYSIA

#sayasayangMALAYSIA#

#sayaanakmalaysia#






Wednesday, 26 August 2015

~TAHUN 2015~




TAHUN 2015.

Awal tahun 2015 yang pernuh dengan kekecewaan. Orang lain nak kerja da seronok sebab gaji baru, semua benefit dekat pejabat da baru. Tapi ain, kalau naik gaji ke ape ke semua bulan 4 setiap tahun.

Disebabkan perniagaan mereka yang semakin merosot ibarat, ‘retak menunggu belah’. ‘mati sengan hidup tak mahu’. Ain jadik semakin kurang semangat nak datang office ni. Ari-ari yang ain lalui takde keceriaan di wajah ni..


Kalau pergi kerja bawak kereta soalan yang selalu ada dalam kotak fikiran ain.
‘apa ain nak buat arini? Ada kerja ke?

Kadang-kadang ain menangis dengan nasib yang menimpa ain nie. Lepas satu satu dugaan hidup. Ain teruskan datang kerja dengan senyuman, walaupun hati ain setiap mlm setiap hari menangis mengenangkan ‘gaji buta’ setiap bulan yang ain terima.

Dekat office sekarang, ain kebanyakkan masanya akan berehat, main game, walaupun mereka ada @ tidak mereka tahu yang mereka tak boleh nak cakap apa dan suro buat apa sebab memang da takde ape kerja yang boleh ain siapkan.

Kadang-kadang ain sedih sebab, tol minyak datang sini buang macam tu jek. Masa kerja ain sekarang da jadik masuk kul 10pg balik kul 4ptg. Orang lain masuk 9pg balik 5@6ptg kan?

Kadang-kadang ada masa tghri da balik.? Bayangkan kul 10 pagi bru masuk belom kul 1 tghri da suro ain balik.. orang lain akan cakap ain beruntung tapi??

Pada ain seikhlasnya ain rasa kurang selesa dengan keadaan selesa mcam skg. Gaji diterima tanpa kerja. Masa dibuang di office macam tu sahaja pulak tu sorang takde kawan sekerja.

Hanya ALLAH yang faham rasa hati ain nie. Sebab untuk tahun 2015 ni bila bulan 11 nanti genaplah usia kerja ain di office ni selama 5 tahun. 5 tahun ain berkhidmat dekat office ni..?? tapi ain rasa tahun ni da tiba masa untuk ain langkah kaki… korang rasa betul taka pa tindakan ain ni??

Tahun 2015, memberikan ain sedikit senyuman dengan kehadiran insan yang ain tunggu selama ain hidup. Dia telah mencuri hati memberikan ain senyuman setiap kali berjumpa dengannya. Terima kasih sebab mewarnai liku-liku hidup ain bersama. Terima kasih sebab berani berjumpa dengan mak abah ain memberitahu isi hati sayang.

Takpernah ada mana-mana lelaki yang begitu gentlemen meluahkan rasa hati dia untuk ain dekat mak abah ain. Untuk tahun 2015 ni juga, sekali lagi sayang datang jumpa mak abah ain untuk menyunting ain menjadi suri dalam rumah abang.

Hanya ALLAH sahaja yang tahu mcam mana persaan ain bila masa untuk ain telah tiba. Ain selalu berdoa untuk jodoh ain dan setiap kali doa tu tak pernah tidak, wajah senyuman abang sentiasa ada depan mata ain.

Terima kasih ALLAH, sebab kenalkan ain dengan dia. Terima kasih juga sebab hari-hari ain da tak kosong walaupun sebenarnya kehidpan ain kosong tanpa adik-beradik di sisi ain. Terima kasih abang sebab hadir sebagai semangat untuk ain teruskan dugaan terima ujian ALLAH dan kita tempuhi bersama.

TAHUN 2015, telah meberikan sinar keceriaan buat mak abah ain bila abang datang memberitahu untuk membawa rombangan merisik dan seterusnya tetapkan tarikh majlis kita. Alhamdulillah, mak abah ain takde halangan malah mak ain juga turut memberikan cadangan tunang sekali senang dan tak perlu ikat lama-lama.

Syukur ya ALLAH mungkin ini adalah hadiah istimewa setelah ain betarung menangis sendirian dan ALLAH anugerah insan ini yang menjadi penyeri di hari-hari ain. Tahun 2015 ini juga telah membuka peluang untuk ain menerima panggilan interview dengan bermacam-macam company.

Alhamdulillah peluang itu ain takpernah sia-siakan malah ain pergi seboleh yang boleh ain hadiri. Insya’ALLAH tahun 2015 ini merupakan tahun akhir untuk ain bekerja dengan syarikat mak uda. Setelah ain berfkir sedalam-dalamnya, smpai bila ain nak teruskan kerja sini dengan cam ni. Kan?

Moga-moga SEBELUM ain menamatkan zaman bujang ain untuk tahun ni, ain dapat mengerja apa yang ain hajatkan.. iaitu:
  • DAPAT KERJA LAIN DULU...AMEEENNNN ('',)




ITU SAHAJA YANG AIN harap. Moga-moga kalian doakan yee… AMEEN..

*sapa yang larat baca sampai sini korang memang TERBAEKKK*

Tahun 2014 yang penuh dengan bermacam cerita ('',)






Assalammualaikum Dunia yang pernuh dengan cubaan dugaan ujian dari-NYA

 Dalame tak buat coretan kat sini. Dalame tinggalkan penulisan online macam ni. Sebab masa dan nak bukak laptop tu yang ambik masa hihi. Sekarang da tahun 2015, tahun 2014 yang banyak merubah perjalanan hidup Ain.



Tahun 2014, yang panjang banyak memberikan Ain pengajaran, pengertian dalam mencari langkah hidup yang lebih baik untuk kehidupan Ain. Nak cakap pasal diri? Apa yang jadik?


Tahun 2014, memperkenalkan Ain dengan seseorang yang dulunya Ain tak pandang, sebelah mata Tapi kuasa Allah S.w.t yang telah membuat mata ni hanya memandang die. Kalau ikutkan hati, hati ini bukan untuk die tapi, bile rasa keserasian itu telah ada, maka timbullah rasa kasih dan saying untuknya.



Pada orang lain yang sebelumnya, walau hati ini pernah cube untuk menyayangi Awak, tapi, cukuupla anggap sebagai sahabat dan saya doakan awak akan jumpa jodoh hakiki awak yang lebih baik dari saya. Untuk teman yang ada dalam hati, jadikla taman-taman syurga untuk kite penuhi di dunia ini dan akhirat bersama nanti.

Walaupun tahun 2014, buat hati ain rasa kosong tanpa kawan-kawan yang pernah ain anggap sahabat, tapi takperlah ALLAH telah menggantikan dengan yang lebih istimewa. Memang, kadang-kadang Ain rasa kosong hilang kawan tapi, lama-lama ain faham erti sebuah sahabat sejati.



Biarlah cerita itu menjadi kenangan pahit untuk Ain telan sebagai teman sahabat sepermainan dengan mereka. Bak kata mummy Ain, ‘masa depan nanti, kehidupan seorang perempuan hanya untuk suami & anak-anak’. Sahabat, ada masa diperlukan tetapi suami & anak-anak adala setiap masa.

Terima kasih sebab korang pernah hadir dalam memori kenangan sekolah dengan Ain walaupun sebenarnya ain selalu berdoa semoga persahabatan itu berkekalan.

Untuk kesayangan hati, terima kasih sebab sebelum dan sekarang tanpa mereka, sayang masih ada temankan hati yang kosong ini.

Untuk tahun 2014, pasal keluarga. Banyak juga ujian yang ALLAH turunkan kepada kami sekeluarga. Dugaan demi dugaan yang ALLAH bagi kepada kami dan ain bersyukur sebab ALLAH memberikan kami ujian ini di dunia pinjamannya. Walaupun ain tahu dari air muka mummy & abah, mereka sangat kecewa.



Ain faham ape perasaan seorang ibu & ayah, bila anak-anak masa kecil mereka bimbing dan didik bagai menatang minyak yang penuh tapi bila da dewasa mereka layan abah mak macam tu. Ain sayang mummy abah sangat2 ain taknak jadik anak derhaka buat mereka. Ain berusaha untuk teruskan hidup ain dengan cara ain berdikari.

Cukuplah along, angah, nana yang bagi bebanan jiwa buat abah & mummy.

Tahun 2014, dari segi pekerjaan, ain mula bosan dengan apa yang ain buat dekat office ni. Perniagaan yang diusahakan oleh mak uda & pak uda merangkap bos ain selama hamper 4 tahun di tahun 2014 ni, bermacam-macam dugaan mereka tempuh.



Biasalah adat hidup normal. ALLAH pasti uji hambanya. Perniagaan mereka bertipa-timpa lepas satu satu benda yang tak boleh diteruskan. Daripada pihak university memutuskan surat perjanjian projek eksekutif diploma, lepastu kerajaan mengeluarkan statements pengeluaran kwsp pelajar hanya untuk lebih 2tahun, jadik apa yang boleh?

Perniagaan kami menguruskan pelajar belajar selama kurang 2tahun jadik pelajar kami tak boleh membuat kwsp. Kalau diikutkan orang melayu kalau belajar memang 90% mengeluarkan kwsp.. jadik dekat situ jek kami da kehilangan pelajar.



Sekarang, dari pertengahan tahun 2014-2015 hingga kini bulan hujung AUGUST perniagaan mereka kian merundum. Elaun ain, gaji bulanan ain,  bonus tahunan ain, duit raya ain semua tu ain da tak merasa.


SEDIH??? Takyah cakaplah walaupun kat office ni, ain sorang jek staff tetap tapi benefit semua tu da takde. Msa 2 tahun lepas merasa walaupun tak pernah cecah bonus setengah bulan mahupun sebulan tapi ada sikit.


Ain bersabar dan terus bersabar sehingga hari ini. AUGUST 2015’








                                                                                                            BERSAMBUNG…….

Wednesday, 17 September 2014

Coretan 1 untuk tahun 2014 ~ ('',)





Entah ada yang nak baca atau pun tidak takpelakan...dalame Ain membawa diri,...
 hilang dari menulis cerita disini... untuk tahun yang baru, ain melangkah ke 1 lagi tahun dan ain pun membuat keputusan untuk menukar nama blog ain yang hampir 4 tahun dibina...

kenapa ain tukar? tu biarla menjadi rahsia dalam poket Ain sendiri...heee



Bila usia meningkat kepada 25 Tahun pelbagai ragam manusia ain temui.. tak kirala dari tempat kerja, dekat rumah mana-mana punla... dan jugak sekeliling Ain.... sebenarnya jauh dari hati suke lagi masa ain zaman kecik-kecik..yela masa tu tak tahu pape..tahu cakap,mintak tanpe fkir panjang..sebab semua tu urusan mummy abah jee...tahu2 apa minta semua ada... sekarang? masa berubah...

apa ain nak, ain kena usahakan sendiri..diorg da takde nak bantu atau bagi macam dulu.. kebanyakkan urusan kehidupan ain sekrang di atas bahu dan kaki Ain sendiri... nila lumrah kehidupan hari-hariku..





comelkan? comell sungguh budak nie... dala hati die masih putih bersih lagi..('',) untuk tahun 2014 nie, macam-macam yang ain tempuh... yela macam...dari awal tahun dulu antaranya:
  1. Melangkah usia baru (25 Tahun)
  2. Renew lesen heee
  3. Gaji Baru ('',)
  4. Jawatan kerja masih sama (mmm boring)
  5. Mula mencari langkah baru..kerja baru hahaha
  6. Memohon pengajian PJJ
  7. Renew Roadtax
  8. Ada kesayangan teristimewa skg (yeaa) akhirnyaa ('',)
  9. Persiapan pengumpulan harta untuk mase depan
  10. Persiapan untuk langkah 2,3,4 heee ('',)
 Apa yang penting sehingga arini ain bersyukur di atas apa yang ALLAH S.W.T telah tetapkan buat ain.. ain percaya, rancangan-NYA lebih baek dari apa yang ain rancangkan..semoga Ade rezeki ain untuk berhijrah ke tempat laen...

SEMOGA..semua yang harapkan dapat dimudahkan OLEH-NYA.... 

*semoga kite jumpe lagi di cerita baru nanti* ('',)

*KASEH* ('',)



Betul kata si Chomey tu, Tak perlu kita mencari, sebab tu Ain tak pernah mencari...haip haip tahu korang nak cakap zaman sekolah kenapa ain cari?? haha....tu zaman cinte monyet beruklaa...bukan skrang... yang dulu tutup buku buat selamanya yang depan mata adalah mase akan datang ('',)

jadi, Ain percaya qada & qadar ALLAH S.W.T sebab akan ada seorang yang dengan sendirinya datang dalam hidup ain.....Ain tak mintak die sediakan mcam-macam untuk ain walaupun dalam zaman sekrang semua tu memang perlu..ia betul..tapi, bukanla itu jadi keutamaan Ain....sebaliknya ....

APA YANG AIN CARI??? (TAK YAH TAHULA RAHSIA) hihih





*perkara yang SENANG adalah untuk mencari seseorang untuk disayangi,
TAPI
Perkara yang SUSAH adalah untuk mencari seseorang yang SAYANG kita balik!!*

betul kan??

dalam dunia skrang nie, tak kira perempuan, laki sama jela...ada tu pandai jaga hati pasangan tapi pasangan memain tak serius, ada tu serius sangat pun tak boleh kene jugak tinggal...ada tu jaga itu ini bagai kene tinggal jugak...abis camne? 

kadang-kadang girl da baek da sangat2 ikutkan apa yang laki nak, tapi laki buat perangai jugak tapi tak dinafikan jugak ada laki baek gile perempuan pulak buat perangai..camne??

tapi ain percaya 1, 

*ORANG YANG BAEK, AKAN DIJODOHKAN DENGAN YANG BAEK JUGA,
ORANG YANG SEBALIKNYA AKAN DIJODOHKAN DENGAN SEBALIKNYA JUGA*

jadi, takperlu kita mencari yang baek dulu SEBALIKNYA kita yang jadi BAEK..

Insya'ALLAH akan ada yang muncul dengan sendirinya...('',)

macam sekarang hati Ain da berbunga-bunga...('',) hati die da jadi (dalam hati ada taman) kot (",)



 *BIAR JAUH DI MATA TPI DEKAT DI HATI*
('',)



SEMOGA JUMPA LAGI ('',)) 
tata .....


Tuesday, 22 July 2014

Exam SPA





Lebih kurang pada 22 July 2014, Ain dapat 1 SMS daripada num.15888... 
Ain pun da pelik.. dari mana pulak nie, apa pulak nie... memang betul2 suprise habislaa..
memang tak jaga.. bila di amati, rupa-rupanya ain dapat SMS yang macam ni..::
:
:
:
:


Memang terkejut habisla..yang penting tersengih la kejap..sebab 1 tak pernah dapat kan.. sekali nila dalam hidup.. ain dapat sms Dari SPA.. yang bagitahu ain dijemput untuk menduduki peperiksaan bagi Jawatan PENOLONG PENGUASA KASTAM W27... ('',) ishk..ishk.. tak sangka..

bila dapat sms nie, memang ain menunggu jela email..dari SPA..yela nak la jugak tengok pengsahan kan... takutla tetibe die tipu ke tersalah hantar kee..haha...macam mana..tu... sehari selepas ain terima sms ni, ain pun dpatla email dari SPA... ('',)

Email tu yang lebih kurang macam di atas tu.. tula gambaran email yang ain dapat.. siap title besar 'PEPERIKSAAN PENOLONG PENGUASA KASTAM'.. heeee... 

Bila ain da dapat email nie, barula rasa betul-betul ain dapat menduduki exam nie.. 





ni baru exam belum dapat lagi. kalau dapat terpilih entah macam mana kan ;)

Thursday, 14 November 2013

*Kembali 2013*

 



 *Assalammualaikum*

setelah sekian SETAHUN menyepi, baru arini tergerak hati nak bukak blog nie yang dalame giler berhabuk niee....MASSYA'ALLAH da laen pulak setting itu ini die yek....Ain,ain da lama sgt nie tinggalkan dunia blogger...hihi.....takpela bukan ade yang baca pun ye tak..kalau yang singgah tu mcam ade....awak la tu kan..kan... ('',)

 Hampir setahun meninggalkan cerita di sini, tetapi tak pernah lupa tentang kenangan yang telah mendewasakan ain hari berganti hari....untuk tahun nie mcam macam kenangan manis, pahit, tawar, masin yang ain tempuh...cuma kadang-kadang tak terdaya untuk menyuarakan dan menulis di sini....

Insya'ALLAH Ain cuba untuk kembali aktif macam dulu tapi taklah aktif sesangat kan sekrang da mcam2 komitmen kene buat...mana tentang kerja, tentang kehidupan kadang-kadang rasa masa dengan kawan-kawan da macam takde dalam kamus hidup Ain...sebab, Ain cuba untuk menghabiskan masa dan ruang serta peluang bersama-sama dengan keluarga yang jauh yang terpisah bertahun dengan Ain....

Ain rasa mungkin itu yang lebih baek untuk msa sekarang yela nanti bila da kawen, da jadi citer laen pulak...kan..kan ('',) masuk Tahun ni da tahun ke-2 ain hidup sendri...serba serbi nya sendri dari makan minum, pakai semua keperluan harian, keperluan hati kehendak diri ni....smua dalam tanggungan Ain sendiri.. Ain bersyukur sebab Allah S.w.T beri ain peluang untuk berdikari hidup sendiri di usia 24Tahun 9 bulan... yang kebanyakkan dari kawan-kawan ain sekrang nie ade yang masih belajar belum tamat pengajian, ada yang beru nak bina kerjaya, dan yang baru konvo kan kan...('',)

Takpela tu rezeki masing-masing ALLAH da tetapkan rezeki kite semua...dan peluang kerjaya ain dulu datang Insya'ALLAH ain akan sambung belajar lagi pasni...



Ain bersyukur sangat dengan peluang yang ada sekarang...ain happy happy dengan kehidupan yang jauh dari Mummy terutamanya bukan apa...ain bole senyum selalu gelak...kalau tak mesti ade yang tak kene... ain faham, macam mana pun die mummy ain 1 satunya yang ALLAH pinjamkan...tapi...

kalau dulu, susah nak camni...tpi tu tak bermakna ain tak jenguk mereka kat seremban....ain taknak jadi anak derhaka ain akan cube untuk meluangkan masa ain tuk diorg...selagi mereka masih hidup....SEBAB ain sayang mummy abah dunia akhirat....wpun mereka selalu kata yang mereka hanya ibubapa dunia ain je =(

Semoga Ain tabah menghadapi liku-liku dunia terutama di Kuala Lumpur yang penuh dengan cabaran nie..dan semoga ada insan yang dapat menjaga Ain menggembirakan dunia akhirat...Insya'ALLAH ('',)



Sunday, 11 November 2012

~Kiniku Kembali~







Punyala lama ain tak taip..YA ALLAH...dari sebelum puasa, da abis puasa, da raya AidilFitri sampai da bis raya Korban pun ain tak menaip lagi..ishk2... punyaa bzz?? bzz ler sangat..hihi

tapi takpela ada ke yang sudi baca?? biasala perangai ain, kejap timbul kejap tenggelam..kalau ikutkan memangla nak sangat menaip nie..nak cerita kat sini..tapi kekadang ada je benda menghalang....cmne nak buat kan?

skarang hidup ain da makin berubah..banyak berbeza da... yela dulu duduk dengan keluarga..sekarang mummy abah pun da jauh tinggal ain...hidup pun sendiri serba sendiri...apa-apa nak kene beli sendiri, hasil duit sendiri... kalau dulu nak je mintak abah mak..sekarang lain...

macam mana pun ain bersyukur sebab bila berpisah dengan mak abah, banyak yang ain belajar...hidup berdikari nie susah kalau yang tak biasa...tapi bile ain ingatkan semula...dari ain sekolah, duduk asrama, masuk PLKN, masuk U, semua tula yang banyak membantu...ain skrang..syukur sangat....

sekarang ain keja...tak tentu hujung minggu pun kadang-kadang ain kerja..tapi ain seronok, ain happy mcam nie..dari hujung minggu ain buang masa...tambah lagi ain da keje..keje & belajar separuh masa...belajar hujung minggu...seronok sebab bertambah kawan-kawan tapi sedih sebab ain belajar da nak abiss..=((
 



 Tu yang bz mengalahkan PM..hihi..banyak benda nak citer...banyak benda nak luahkan..tapi kadang-kadang mood da sampai nak taip, tapi time tula mengantukla, laptop buat halla..masa tula mcam-macam hal..hihi jadi hilang mood...spoil habis..tula tak jadi taip..hihihi...

Doakan ain semoga suksess dalam kehidupan yang penuh onar dan duri nie.. tambah lagi hidup single nie...semuaanya di tangan sendiri....kepada kawan-kawan jumpa di entry lain ye...('',)
 


*peace*