Selamat Datang...Selamat Membaca & Selamat Kembali Semula ye..saya sayangkan awak.awak.awak semuaa... ..=)

Saturday 31 October 2009

~RENUNGAN~


macam yang kite ketahui pada tanggal 26 OKTOBER 2009 adalah merupakan satu tarikh yang akan sering diingati oleh setiap keluarga mangsa yang terlibat dalam kejadian jambatan gantung runtuh di Pusat Kokurikulum Daerah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dipang, Kampar, Perak...

kali pertama saya mendengar berita itu adalah semasa saya menonoton berita di tv3..pada ketika itu alangkah terkejutnya saya sebab adik-adik kite yang menjadi mangsa kejadian... rasanya mereka semua baru sahaja selesai menghadapi Peperiksaan UPSR...

seiingat saya msa saya berusia mereka, semasa selepas habis UPSR adalah masanya untuk saya bergembira bersama dengan rakan-rakan..tambahan lagi adanya program bersama dengan sekolah lain tambah lagi seronok..tapi pepatah melayu ada mengatakan jangan disangka ombak yang cantik itu tidak bergelora, orang juga kata cuaca panas itu tidak mendung tapi inilah orang kata kita tak boleh terlalu gembira di mana sahaja kita berada kerana kadang2 ada sahaja benda yang tidak elok akan terjadi...

mengenai kejadian yang berlaku ini, ia telah mengguris hati saya...sewaktu ain baca paper esok harinya...sewaktu itu tetibe air mata mengalir bile ain lihat adik-adik kite yang kehilangan rakannya, seorang ibu yang kehilangan anaknya....yang paling menyentuh hati bila salah seorang anak itu apabila mahu di hantar di tanah perkuburan ibu bapanya pengsan tidak dapat menahan diri.....

masa itu, kite lihat betapa kasih sayang ibu bapa tidak boleh dibeli di mana-mana...sayangnya ibu bapa itu pada anaknya....kalau kejadian itu terjadi kepada kita mungkinkah kita akan melakukan sebegitu??

menurut paper yang saya baca..kejadian itu berlaku pada pukul lebih kurang 10.30 malam sewaktu murid-murid tersebut menyeberangi sungai pergi untuk sape...pada mereka yang duk hostel mesti tahu sape kan..? kiranya minum malam...tapi malang tidak berbau sewaktu mereka sedang berjalan di atas jambatan tersebut, jambatan tersebut telah runtuh secara tiba-tiba...

YA ALLAH, sewaktu ini mesti keadaan kalut..sedangkan kite semua sedang asyik duduk rehat di rumah..sedangkan murid-murid itu memanggil panggilan cikgu..cikguu..cikguu..tolong..... difahamkan bagi murid yang berada di tengah-tengah mereka itulah yang menjadi mengsa kejadian...yang mana hampir dengan tebing mereka boleh lagi menyelamatkan diri....

pada saya kesian sungguh bagi mereka yang berada di tengah itu..kerana tiada apa yang dapat membantu untuk mereka menyelamatkan diri....selain dari lambaian minta tolong... saya juga kagum dengan pihak-pihak yang terlibat membantu mencari mangsa kejadian..kerana mereka sanggup bergadai nywa tidak kira cuaca, malam atau siang mereka tetap mencari mangsa yang hilang....

tidak dilupakan juga pada orang kenamaan yang turut turun padang melihat sendiri tempat kejadian....sikap inilah yang patut ada pada semua orang-orang besar ini kerana sikap sebeginilah yang rakyat mahukan pada mereka...di bawah ini ada beberapa keping gambar jd tatapan kite..


"JAMBATAN GANTUNG YANG RUNTUH"


"RAJA DR. NAZRIN SHAH YANG TURUN PADANG"
"MELIHAT TEMPAT KEJADIAN"


"ANGGOTA PENYELAMAT SEDANG
MENCARI MANGSA YANG HILANG"



"MAYAT SALAH SEORANG MANGSA YANG DI JUMPAI"
RENUNGAN:
SEBENARNYA BANYAK YANG KITE BOLEH JADIKAN PANDUAN DAN PERINGATAN...INI KERANA SEKIRANYA KITE TIDAK BERJAGA-JAGA SELEPAS INI TIDAK MUSTAHIL KEJADIAN SEUMPAMA INI AKAN BERLAKU LAGI....
JADI RENUNGKANLAH....BUKAN KITE TAK BOLEH SUKE2 SGT, TAPI KITE PERLU JUGA BERHATI-HATI DI MANA SAHAJA....KERANA KEMALANGAN BOLEH BERLAKU DI MANA-MANA SAHAJA.....

No comments:

Post a Comment

selamat datang blog kite~ silalah tinggalkan komen di sini~