Selamat Datang...Selamat Membaca & Selamat Kembali Semula ye..saya sayangkan awak.awak.awak semuaa... ..=)

Sunday 14 February 2010

~Bile manusia tak gune AKAL untuk berfikir~


salam....semua....


ain sekadar nak berkongsi....asenye smlm kot...kite dikejutkan dengan berita yang menyayat hati apabila seorang bayi lelaki yang baru lahir bukan saja dibuang ke dalam tong sampah, malah mayatnya dibakar sehingga melecur seluruh tubuh.....

bile kite dgr je berita cmni ase cam tak percaya kan?? kenapa boleh terjadi camni?? sedangkan mak kucing pun pandai jaga anak...tak pernah nak buang anak diee..tapi manusiaa yang ada akal fikiran??? sangguup buat camnii???

MASYAAA'LLAH pe nak jadi dgn dunia skg nie....

menurut dari surat khabar Metro, Mayat bayi itu tergolek keluar dalam longgokan sampah sarap ketika seorang daripada pekerja mengheret tong sampah plastik itu di Jalan Zainal Abidin. Pekerja kontrak terbabit, Abdul Rahman Husin, 29, berkata dia tidak menyangka tindakannya mengheret tong sampah menjadi punca penemuan mayat bayi itu.


“Kami bertiga melakukan rutin biasa mengangkut sampah di Jalan Zainal Abidin. Mulanya saya tidak perasan kewujudan mayat bayi itu di dalam tong sampah terbabit.

“Namun, sebaik mengheret tong sampah itu untuk memudahkan sampah dimasukkan ke dalam lori, tiba-tiba satu objek tergolek. Kami terkejut apabila mendapati ia mayat bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Dia segera mendapatkan bantuan polis peronda yang kebetulan tidak jauh dari situ.

“Saya memaklumkan penemuan bayi itu yang masih bertali pusat, berkulit cerah dan kaki terputus daripada badan. Beberapa anggota dari Unit Forensik kemudian datang untuk membuat pemeriksaan,” katanya. Abdul Rahman tidak menolak kejadian berlaku malam kelmarin berikutan seorang rakan memberitahunya, tong sampah berkenaan masih dalam keadaan baik Khamis lalu.

“Saya geram dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang sanggup membuang bayi yang cukup sifatnya. Lepas itu, dia dibakar pula,” katanya.

Malah, beberapa anggota polis dari Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dilihat sibuk melakukan siasatan. Kita tidak tahu punca sebenar kematian bayi itu sama ada dia meninggal dunia kerana terbakar atau dibunuh terlebih dulu sebelum mayatnya dibuang ke dalam tong.

“Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran bayi dan menyebabkan kematian,” katanya.

asenya sebelum cerita mengenai bayi ini kite dikejutkan terlebih dahulu dengan penemuan bayi di masjid yang bersemut kan?? kesian bayi tu..dala cukup sifatnya...tapi sehingga bersemutt??? bersemut???? setahu ain yang mana mak sayangkan anak nak kene gigit nyamuk pun mak elakkan inikan pulak nak kene gigit semut????

ermmm....ain tak sangka ada jugak manusia sekejam itu dalam dunia niee....napelaa...die sanggup buat perkara sebegini...kalau taknak anak tu...kasila kat org yg nak anak kee...antar kt tempat yang sepatuttnya keee...tak pun kalau tahu tak leh jaga anak...ygg pandaii2222 tuttt tuuuu sapeee surooo.....


semoga kite mengambil iktibar dari perkara nieee...semoga ain dijauhkan dengan perkara seumpama niee...kasihan pada bayi2 berkenaan yang tidak berdosa :(


No comments:

Post a Comment

selamat datang blog kite~ silalah tinggalkan komen di sini~