Dalame meninggalkan
ruang untuk menaip dan menulis kehidupan harian Ain di sini. Apa kaba pembaca
yang ada ke? =) setelah rasanya bertahun meninggalkan alam blogger ni tetibe
hari ini terasa macam nak menulis balik. Hihi
Alhamdulillah, hari
ini 31 Oktober 2016 pelbagai dugaan, rintangan, pahit, manis yang telah ditelan
oleh diri ini untuk menghadapi hari-hari ke depan. Terima kasih dan
bersyukurnya Ain kerana sehingga kini masih diberi peluang untuk terus bernafas
di alam pinjaman-NYA ini. Pelbagai masalah,
pelbagai pahit manis, sedih yang dihadapi dan tak juga lupa kenangan terindah
yang telah tercipta buat diri ini pada tahun ini dan tahun lepas. Hihi
Imbas semula,
TAHUN
2015 antara kenangan yang masih segar :
- Meninggalkan tempat kerja PEM Excellence Sdn Bhd pada bulan September 2015
- Mendapat kerja baru di Pertubuhan Peladang Kebangsaan & mula berkhidmat setelah seminggu berhenti kerja di PEM - Bulan September 2015
- Bertunang pada bulan Disember 2015
- Menamatkan zaman bujang pada bulan April 2016
- Mempunyai 2 keluarga mertua di Skudai & di Kota Tinggi, Johor
- Mendapat berita akan kehamilan – awal bulan Mei 2016
- Mempunyai suami yang sangat memahami diri ini
- Bekerja di NAFAS genap setahun
- Berhubung baik dengan anak buah tersayang walaupun jarang berjumpa
- Mengetahui akan jantina anak sendiri yang bakal dilahirkan
- Membuat persiapan untuk kelahiran anak sendiri
o Alhamdulillah, syukur syukur tak pernah tinggal dalam kehidupan seharian
Ain. Sejak bergelar isteri, bakal ibu pelbagai kenangan pahit manis Ain hadapi
bersama suami. Dalam rumahtangga yang baru dibina, pelbagai emosi yang cuba
kami berdua hadapi.
Pada awalnya, agak berat untuk ain tempuh selalu menangis mengenangkan
apa yang jadi, tapi ain tetap redha dan terus kuatkan diri untuk hadapi. Alhamdulillah,
sekarang kami suda menerima kehadiran antara satu sama lain dalam kehidupan
rumahtangga dan perubahan demi perubahan banyak berlaku.
Semoga ain terus tabah menghadapinyaa (‘’,)
l
No comments:
Post a Comment
selamat datang blog kite~ silalah tinggalkan komen di sini~